Chelsea sudah berbelanja sangat besar dalam jendela perpindahan kali ini. Dengan saiz skuad yang sangat besar.
Dalam 3 jendela perpindahan terakhir sejak Todd Boehly mengambil alih, Chelsea sudah mengeluarkan perbelanjaan lebih £1 billion.
Pada jendela perpindahan kali ini Chelsea sempat memecahkan rekod perpindahan kelab Inggeris dengan pembelian Moises Caicedo bernilai £115 juta.
Namun Pochettino masih belum puas dan masih menagih sekurang kurangnya 2 lagi pemain baharu.
Pochettino yang sudah mendapatkan Robert Sanchez sebagai penjaga gol masih mahukan seorang lagi penjaga gol. Kerana Kepa Arrizabalaga sudah menyertai Real Madrid secara pinjaman.
Beliau juga mahukan seorang pemain serangan yang tidak dinyatakan secara spesifik posisinya. Namun ramai menjangkakan dia mahukan penyerang tengah berikutan kecederaan pemain Nkunku sebelum ini.
Seterusnya Pochettino sebelum ini menyatakan dia tidak terfikir Romelu Lukaku akan berada dalam skuadnya kerana pemain itu tidak berminat.
Malah Lukaku tidak diberikan nombor skuad oleh Cheslea setakat ini.
Selepas 2 perlawanan pertama EPL, Chelsea masih gagal mencipta kemenangan musim ini di bawah kendalian pengurus baharu Mauricio Pochettino.
Dia menyatakan bahawa dia masih perlukan penjaga gol baharu dan seorang pemain serangan yang tepat dengan profil taktikalnya.
“Kami memerlukan sekurang-kurangnya seorang penjaga gol dan seorang penyerang, yang menepati profil pasuikan, untuk membantu pasukan ini.”
Menurut Fabrizio Romano, Chelsea dalam proses melengkapkan perpindahan Petrovic sebagai penjaga gol baharu dengan nilai perpindahan sekitar £13 juta.
Pochettino on Chelsea next movements on the market: “We need at least one goalkeeper. One offensive player, the correct profile, to help…”. 🔵 #CFC
The goalkeeper will be Petrović as he’s completing his €16m move to Chelsea. Work in progress to sign also offensive player. pic.twitter.com/U7NxixRpeJ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 24, 2023
Bagaimana dengan penyerang? Beberapa pemain dikaitkan dengan Chelsea. Ini termasuk Folarin Balogun dari Arsenal. Pemain yang tidak mendapat tempat dalam projek Arteta.
Pochettino benar benar berminat dengan pemain yang cemerlang di Ligue 1 musim lalu terutama sekali selepas kekalahan di tangan West Ham.
🚨💣| Chelsea have sounded out Arsenal striker Folarin Balogun in a bid to boost their attack before deadline day.
The 22-year-old is being considered by Chelsea after Mauricio Pochettino’s side failed to create any clear second-half chances in the 3-1 defeat to West Ham on… pic.twitter.com/nOZa91Hahg
— Football Talk (@FootballTalkHQ) August 22, 2023
Pochettino turut menyatakan dia juga akan menunggu semula kepulangan Armanod Broja yang dianggap menepati ciri ciri pemain dia mahukan. Pemain itu berehat panjang kerana kecederaan.
Chelsea musim ini dianggap pencabar kejuaraan berdasarkan kualiti skuad mereka yang ada.
Chelsea terlepas semua pertandingan Eropah musim ini. Membolehkan mereka fokus sepenuhnya kepada pertandingan domestik.
Dalam pada itu Pochettino dikatakan sudah sedia menggunakan Mudryk sebagai kesebelasan utama untuk aksi hujung minggu ini.