Selepas Dominasi Di Andalusia, Lin Jarvis Ikrar Perang Tamatkan Dominasi Marc Marquez

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez harus dihentikan, begitulah laungan amaran dariapda Pengarah Urusan Yamaha, Lin Jarvis.

Ia ibarat satu semboyan perang daripada Yamaha untuk menamatkan dominasi Marc Marquez dalam kelas premier MotoGP.

Setelah mendominasi dengan memenangi enam gelaran dunia dalam tujuh musim terakhir di MotoGP, Lin Jarvis yakin musim ini akhirnya Marc Marquez akhirnya menghadapi cabaran sengit.

Marquez tidak mendapat mata dalam dua perlumbaan MotoGP pertama pada tahun 2020 kerana kecederaan.

Marc Marquez gagal menamatkan saingan di MotoGP Jerez dalam GP Seopanyol setelah terjatuh dan terpaksa menjalani pembedahan lengan kanan.

Seminggu kemudian, Marquez cuba turun di MotoGP Andalusia walaupun baru menjalani pembedahan. Walaupun terlibat dalam sesi latihan bebas ketiga, Marquez akhirnya menarik diri dari kecederaannya masih sangat membimbangkan.

Ketika Marquez cedera, dua pelumba Yamaha mendominasi perlumbaan. Dalam dua perlumbaan berturut-turut Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) dan Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) menamatkan saingan 1-2.

Quartararo kini menduduki tangga teratas carta, sementara Vinales di tempat kedua.

Kehebatan kedua-dua pelumba itu disambut baik oleh Lin Jarvis yang kemudian secara terang-terangan melaungkan perang saraf kepada Marquez.

Beliau juga bersetuju dengan pandangan beberapa pengkritik yang menegaskan bahawa Repsol Honda terlalu bergantung kepada Marc Marquez.

“Marc Marquez adalah satu-satunya pelumba yang dapat membantu Honda menjadi hebat dan memberikan kemampuan terbaik dalam motosikal.”

“Dia memiliki banyak bakat, seorang yang memiliki prestasi hebat, dan sangat bermotivasi,” kata Lin Jarvis, seperti dilaporkan GP One.

“Pada masa ini dia memiliki rakan sepasukan bertaraf bintang. Dia berada di saat yang luar biasa. Tetapi setiap perkara itu pasti ada pengakhirannya.”

“Misi kami untuk pelumba kami adalah menamatkan saingan musim ini di depannya,” Lin Jarvis menambahkan mengenai misinya untuk menghentikan dominasi Marc Marquez.

Bukan hanya Quartaro dan Vinales yang bagus di MotoGP 2020. Rakan sepasukan Vinales, Valentino Rossi, juga menunjukkan tanda kebangkitan dengan merebut podium ketiga di MotoGP Andalusia.

Franco Morbidelli, rakan sepasukan Quartararo, juga kelihatan menjanjikan sesuatu. Beliau menduduki tempat kelima di MotoGP Jerez, tetapi gagal di Andalusia. Sebelum itu, di MotoGP Andalusia Morbidelli mempunyai peluang besar di podium.

Walaupun begitu, Yamaha nampaknya masih bergantung pada Quartararo dan Vinales.

Terutama sekali mulai musim depan Quartararo akan berpindah ke pasukan kilang. Beliau akan bergandingan dengan Vinales.

Lin Jarvis menegaskan Yamaha sentiasa cuba memiliki dua pelumba terbaik dalam pasukan berbanding dengan pelumba pilihan pertama dan kedua.

“Dalam sukan ini ada ego yang besar. Anda harus sering mengatur pelumba anda. Rasanya agak sukar, tetapi saya lebih suka mempunyai dua pelumba teratas dalam pasukan, daripada mempunyai pelumba nombor 1 dan nombor 2.”

“Saya rasa tahun ini pasukan berjalan dengan baik dan begitu juga.”

“Tahun depan. Kami akan mempunyai dua pelumba muda dengan tahap tertinggi,” kata Lin Jarvis.

Sumber: GP One

Baca yang lain