Selepas Exist, Giliran MCR Pula Buat Persembahan Reunion

My Chemical Romance (MCR) telah mengumumkan bahawa bahawa mereka akan beraksi di pentas semula dalam aksi reunion.

Abang-abang dan akak-akak yang pernah sukakan imej emo dulu mesti kenal dengan mereka ni.

Sebelum ini, kumpulan MCR berpecah pada 2013. Dan pada Khamis lalu, mereka mengumumkan akan membuat persembahan di Expo Hall, Los Angeles.

Tarikh persembahan itu adalah apda 20 Disember 2019 yang akan datang. Jualan tiket sudah pun dibukan pada Jumaat – hari ini. Dan korang boleh ke laman sesawang axs.com untuk membeli di atas talian.

Konsert itu nanti diberikan nama ringkas iaitu ‘Return’ ataupun kepulanhan semula. Mereka sudah memuat naik promosi kepada konsert tersebut menerusi laman akaun sosial rasmi mereka.

MCR merupakan kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Welcome to the Black Parade, Sing, Helena, dan I’m Not Okay (I Promise) – pernah menjadi siulan ramai.

Band ini berkonsepkan rock alternatif, dikepalai oleh Gerard Way.

Gerard Way gembira mengumumkan reunion mereka selepas 12 tahun kumpulan ini bertapak. MCR dalam kenyataan sidag media mereka berkata:

“Kami telah pergi ke tempat-tempat yang tidak pernah kami ketahui, kami dapat melihat dan mengalami perkara-perkara yang tidak pernah kami bayangkan.”

“Kami telah berkongsi pentas dengan mereka yang kita kagumi, orang yang yang pernah kita tengok beraksi dan yang terbaik, kawan-kawan kami.”

“Dan sekarang, seperti mana semua perkara yang hebat, sudah tiba masanya untuk semua ini berakhir.”

Dalam ketika mereka berpecah dan tidak beraksi bersama, Frank Iero, Ray Toro dan Mikey Way, telah terlibat dalam beberapa projek muzikal yang lain.

Gerard Way pula mencipta komik bersiri berjudul “The Umbrella Academy,” yang telah dibangunkan kepada siri tv di Netflix series.

Sumber: CNN

Pengumuman itu disambut dengan ceria oleh peminat mereka yang lama sudah tak melepaskan rindu dengan aksi MCR. Ada yang terpaksa melepaskan rindu dengan tarian MGR.