Ketiak ofsaid sekali lagi menghantui Liga Perdana Inggeris / EPL dalam aksi minggu terakhir Liga Perdana Inggeris pada tahun ini serta dekad ini.
Segalanya bermula dengan penyerang Liverpool dan penyerang antarabangsa Brazil, Roberto Firmino, menjadi mangsa pertama ofsaid ketiak.
Insiden tersebut membuatkan gol Roberto Firmino dibatalkan oleh VAR ketika aksi berhadapan dengan Aston Villa.
Jurgen Klopp yang ketika itu awalnya menerima ofsaid kerana percaya kepada VAR akhirnya terkejut mendengar ketiak Firmino yang menjadi punca ofsaid.
Liverpool's Roberto Firmino was flagged offside before putting the ball in the net against Aston Villa and the decision was confirmed by VAR
The red line signifies Firmino and was aligned to his armpit, which was marginally ahead of the last Villa defender#AVLLIV pic.twitter.com/a2OnNWnz2E
— Premier League (@premierleague) November 2, 2019
Klopp kemudian berkata: “Ada masanya kita bercakap pasal benda serius. Ini bukan kelakar. Pengurus seperti kami boleh hilang jawatan kerana benda-benda seperti ini.”
"What's the armpit?"#VAR is no laughing matter for Klopp after Firmino's goal controversially ruled out for offside. #beINPL #AVLLIV pic.twitter.com/cu0nQgc0ss
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) November 2, 2019
Semalam giliran ketiak Wilfred Zaha pula menjadi mangsa VAR. Jon Walter memberitahu BBC bahawa VAR telah membuatkan pemain dan peminat semakin bosan nak menikmati gol.
Jermaine Jenas turut sependapat dengan Jon Walter dalam hal ini. Beliau menganggap VAR membunuh keseronokan bola sepak.
Semalam terdapat 3 gol yang dibatalkan oleh VAR. Bermula daripada Dan Burn, kemudian Wilfried Zaha dan seterusnya Teemu Pukki.
Palace dan Norwich City, hanya mencatatkan seri dalam perlawanan yang mereka boleh menang jika tiada pengadilan kontroversi oleh VAR.
Norwich mencipta keputusan seri 2-2 dengan Tottenham. 2 kali Spurs dipaksa bangkit oleh Norwich City di dalam perlawanan ini.
Gol Max Meyer ke atas Southampton untuk Crystal Palace telah dibatalkan kerana ketiak Wilfried Zaha yang terlajak ketika peringkat binaan gol tersebut.
Jelas sekali ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan VAR dalam insiden tersebut. Ini kerana jika ketiak Zaha dikira sebagai anggota badan yang boleh ofsaid, bagaimana pula dengan tangan Stephens yang membuatkan pemain itu onside.
No debate about this but VAR is ruining football, for Zaha to be offside because of his armpit but you can clearly see Stephens arm is playing him onside and Pukki isn’t offside at all. VAR totally mucked up today not just us but a few teams too! pic.twitter.com/ui5hQj1XNp
— Lukey (@lukeyCPFC34) December 28, 2019
Sebelum ini ada pundit yang mempertikaikan kenapa ketiak boleh ofsaid? Sedangkan ia ibarat tangan, jika bola terkena ketiak pastinya ia handball. Dan kedua dua bahagian badan itu tidak boleh digunakan untuk menjaringkan gol.
Gary Lineker sekali lagi mengutuk VAR yang membatalkan gol kerana ketiak ofsaid.
Lineker turut menyatakan: “Jika VAR adalah pengurus, dia akan dipecat minggu depan.”
The dreaded new armpit law strikes again. Meyer’s goal for @CPFC ruled out by VAR. Zaha deemed to be offside when it’s really impossible to say one way or the other. What’s happened to level being onside. It’s ludicrous.
— Gary Lineker (@GaryLineker) December 28, 2019
Crystal Palace seri 1-1 dengan Southampton. Palace mendahului pada minit ke-50 menerusi James Tomkins.
Namun begitu pemain penyerang yang berada dalam prestasi terbaik, Danny Ings menyamakan kedudukan untuk Southampton.
Ings kini menyamaai rekod jaringan Aubameyang dalam carta persaingan untuk perebutan kasut emas / penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris bagi musim 2019 / 20.
Southampton dalam usaha menjarakkan diri daripada zon penyingkiran. Satu mata boleh dikira sangat berharga untuk mereka.
Sementara itu, skuad bimbingan Roy Hodgson, Crystal Palace pula, kini berada di tangga ke – 9 dalam carta Liga Perdana Inggeris. Dibezakan hanya 5 mata daripada Chelsea yang berada di tangga keempat.