Samsung mungkin mengikuti jejak Apple (sekali lagi), dengan tidak menyertailam adaptor pengecas dan juga fon kepala di dalam kotak untuk sebilangan telefon pintarnya tahun hadapan.
Menurut laporan di Korea, langkah ini diambil oleh Samsung dengan anggapan bahawa sudah banyak aksesori pengecasan “tersedia di pasaran” untuk dibeli, terutama sejak telefon pintar Samsung dilancarkan selama sekitar 10 tahun.
Di samping itu, ini juga dilakukan untuk mengurangkan kos pengeluaran, bersama dengan kos tambahan untuk pembuatan telefon pintar 5G.
Sebelum ini Apple menjadi bahan troll Samsung selepas mengeluarkan telefon tanpa menyertakan pengecas 5W atau 18W, yang biasanya diperoleh pengguna ketika membeli iPhone, dengan alasan penjimatan kos pengeluaran dan menyelamatkan bumi.
Xiaomi follows Samsung to troll Apple’s iPhone 12 series https://t.co/twqbJHf9jH
— TechnoSports (@TechnoSports3) October 20, 2020
Menurut laporan di Korea Selatan, Samsung akan mengikuti pendekatan Apple untuk tidak menawarkan pengecas dan fon telinga dalam kotak untuk siri Galaxy S21 yang akan datang.
Sumber daripada mereka yang berada di dalam industri, seperti yang dilaporkan ChosunBiz, mengesahkan Samsung sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan semua aksesori dalam kotak untuk telefon flagship terbarunya (selain dari kabel UBS-C).
Walaubagaimanapun, keputusan akhir masih belum dimuktamadkan.
Samsung telah menawarkan sepasang earbud berwayar, kabel USB, dan adaptor pengecas dalam telefon bimbit siri-S dari Galaxy S pertama hingga ke siri Galaxy S20 terbaru.
Kotak yang lebih kecil berpotensi memberi manfaat kepada persekitaran. Namun, mungkin juga diperdebatkan bahawa ia akan memberikan keuntungan berlipat ganda dengan penjualan pengecas secara berasingan.
Samsung may get rid of the charger and earphones with the Galaxy S21 — just like the iPhone 12 😔https://t.co/xZ1dhrFR3f
— Android Central (@androidcentral) October 27, 2020
Jika ini berlaku, ini bukan pertama kali Apple menjadi mangsa kecaman kerana usaha mereka dianggap menyusahkan yang akhirnya menjadi ikutan dan trend.
Sebelum ini Apple menjadi ejekan kerana membuang headphones jack, dan pada hari ini earbuds menjadi salah satu aksesori sangat popular.
Samsung pernah memadamkan video iklan yang troll Apple kerana membuang headphones jack.
Ianya kerana Samsung mengeluarkan headphones jack daripada Note 10, setahun selepas mereka memperlekehkan Apple.
Nampaknya Samsung kali ini mungkin akan memadamkan hantaran troll mereka kepada Apple pada tahun hadapan.
Samsung spent years trolling Apple in commercials. Now it's cloning an iPhone feature it mocked and has deleted the ads. https://t.co/pHuHWUqqIR
— Lance Ulanoff (@LanceUlanoff) August 8, 2019