Jose Mourinho tidak melepaskan peluang untuk menyindir Manchester United setelah Fenerbahce seri dengan bekas majikannya itu.
Dalam aksi UEL awal pagi tadi waktu Malaysia, Man United diikat Fenerbahce di Turki walaupun Eriksen sudah memberikan gol awal buat pelawat.
Namun En Neysri menyamakan kedudukan di separuh masa kedua dan Fener beraksi sangat baik, lebih dominan.
Selepas tamat perlawanan, Mourinho, pasukan United harus lega kerana membawa pulang 1 mata. Dan menganggap pasukan Fenerbahce yang sebenarnya kehilangan dua mata.
Wartawan berkata: “Kamu mendapat satu mata melawan Man United…”
Terus pengurus itu membidas: “Bukan, mereka [Manchester United] yang dapat 1 mata [dan kami kehilangan 2 mata].
“Saya dah beritahu pemain, jika kamu konsisten beraksi seperti ini di dalam liga Turki, kami akan menghancurkan setiap pasukan di negara ini.”
Mourinho kemudian menyindir Man United dan Erik Ten Hag yang selepas ini mungkin akan mencari alasan kecederaan menjadi punca Man United tak menang.
Ini kerana sebelum ini Ten Hag beberapa kali menyalahkan kecederaan punca pasukannya gagal beraksi baik. Walaupun dalam beberapa bulan ini Man United sudah mendapat ramai pemain yang kembali cergas.
Jose Mourinho berkata: “Apabila pulang ke England, mereka akan bercerita tentang kecederaan tentang dua tiga pemain mereka tak dapat beraksi. Sedangkan kamu tak tahu berapa ramai pemain kami yang tak dapat beraksi.”
Sebelum perlawanan Jose Mourinho menganggap dia sangat cemerlang ketika mengendalikan United. Di mana dia membantu United memenangi piala domestik dan UEL.
Dia juga percaya peluang untuk Man United dinobatkan juara liga pada era beliau masih ada kerana Man City masih berdepan 115 pertuduhan yang memungkinkan kelab itu dilucutkan gelaran kejuaraan mereka.
“Saya masih percaya kami masih ada peluang untuk bergelar juara EPL, jika mereka menghukum Man City. Jika itu berlaku Man United harus berikan saya bonus,” tegas pengurus itu.