Selepas Jatuh, Dia Menang Saringan 1,500M, Sifan Kemudian Menang Emas 5,000M

Dalam acara trek olimpik, ada sahaja kisah luar biasa yang berlaku. Dan terbaru, pelari jarak jauh Belanda, Sifan Hassan menulis kisah yang penuh dengan emosi dan motivasi kepada kita semua.

Sifan Hassan dianggap telah melakukan kebangkitan paling luar biasa dalam sukan olimpik pada kali ini. Ketika memasuki pusingan terakhir daripada 4 pusingan, Sifan berlanggar dengan pelumba lain dan terjatuh.

Sifan terus bangkit dan mengejar peserta lain di hadapannya satu persatu dengan semangat juang tinggi. Dan akhirnya dia berjaya memenangi saringan tersebut.

Ini adalah detik di mana Sifan terjatuh selepas terlanggar seorang pelumba yang tersungkur di hadapannya.

Sifan terus bangkit dan cuba mendapatkan semula pace lariannya serta merta.

Sifan mulai memintas perserta lain dan berada di kedudukan ke-11 daripada 13 pelumba.

20 saat kemudian Sifan berjaya mendapatkan momentum menyaingi peserta di kelompok hadapan di mana dia berada di kanan sekali.

Sifan tidak menoleh ke belakang lagi dan terus melakukan pecutan yang dia mampu. Dan akhirnya dia berjaya memenangi saringan tersebut dengan catatan lebih 4 minit.

Sifan Hassan merupakan watak yang telah menghiasi kertas program acara trek olimpik. Di mana beliau bertanding dalam acara 1,500 meter, 5,000 meter dan 10,000 meter.

Ketika dia memenangi perlumbaan epik itu, Sifan sudah berlari enam perlumbaan dengan catatan jarak sekitar 15 batu dalam masa 8 hari.

Pastinya acara yang paling pendek jaraknya telah membuatkan Sifan Hassan paling banyak menggunakan tenaga dan keringatnya.

Ramai yang menganggap detik itu sebagai detik luar biasa dan berasa bertuah dapat menyaksikannya sendiri.

Sudah pastinya momen itu akan dipahat dalam salah satu kisah luar biasa dalam sukan Olimpik.

Ada juga yang mengucapkan syabas kepada Sifan Hassan kerana menang walaupun bukan untuk negara asalnya, Ethiopia yang tidak menghargai bakatnya, kerana terlalu banyak salah urus serta korupsi dalam pengurusan sukan mereka.

Kisah Sifan Hassan menjadi lebih luar biasa, kerana selepas itu beliau memenangi acara 5,000 meter. Selepas beliau jatuh dalam acara 1,500.

Ini adalah kemenangan penting dalam usaha Sifan Hassan cuba memenangi treble unik dalam sukan olimpik dengan memenangi 3 pingat cara lari jarak jauh. Sifan mengakui badannya terasa sakit di merata rata bahagian. Namun semangatnya untuk menamatkan perjuangan kali ini lebih membara.

Sifan memenangi emas 5,000m dengan catatan 14min 36.79 saat – tanpa memecahkan sebarang rekod. Tetapi lariannya pada 400 meter terakhir dianggap sangat gila di mana dia mencatatkan larian 400 meter terpantas dalam sukan olimpik kali ini.

Selepas ini, Sifan akan bersaing dalam separuh akhir 1,500 meter pada Rabu. Diikuti acara final 1,500m pada Jumaat. Pada Sabtu beliau ada aksi final 10,000 meter. Adakah Sifan Hassan akan mencipta nama selaku salah seorang atlet terulung sepanjang zaman pada kelasnya tersendiri?

Baca yang lain