Selepas Klaim Sabah, Filipina Nak Report & Call AS Kerana China Klaim Wilayahnya

Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana menuduh sembilan atau lebih garis putih putus-putus yang digunakan China untuk mengklaim sebahagian besar Laut China Selatan sebagai palsu.

Filipina kemudian menuduh China menduduki wilayah maritim Filipina.

Kenyataan itu muncul di tengah perselisihan baru antara Manila dan Beijing mengenai konflik Scarborough, yang telah lama menjadi hotspot antara kedua negara.

Pemerintah Filipina melalui Kementerian Luar Negeri minggu lalu melancarkan protes diplomatik terhadap China kerana pengawas pantai mereka secara haram menyita peralatan milik nelayan Filipina di Scarborough Shoal.

“Kawasan ini berada di EEZ kami,” kata Lorenza kepada AFP pada Selasa lalu.

Lorenza kemudian mengatakan bahawa sejarah yang disebut China ke atas perairan wilayah dalam sempadan – menerusi sembilan garis putus-putus yang mereka gunakan selama ini hanyalah khayalan.

“Mereka (China) adalah orang yang melakukan provokasi dengan menduduki kawasan tertentu di EEZ secara tidak sah. ”

“Oleh itu mereka tidak berhak untuk mendakwa bahawa mereka menguatkuasakan undang-undang mereka,” katanya.

Scarborough Shoal adalah salah satu daripada terumbu karang yang dituntut oleh China.

Lokasinya adalah kawasan perikanan terkaya dan titik perselisihan di antara kedua-dua negara.

Scarborough Shoal terletak 240 kilometer atau 150 batu di sebelah barat pulau Luzon, Filipina.

China merampasnya pada tahun 2012 setelah pertikaian yang tegang. Presiden Filipina Benigno Aquino ketika itu menghantar kapal perang ke kawasan itu, tetapi kemudian menarik diri.

Sembilan garis putus-putus adalah asas bagi China untuk menuntut Laut China Selatan.

Negara Tembok Besar itu menolak keputusan mahkamah yang disokong PBB 2016 bahawa tuntutannya tidak mempunyai asas undang-undang. China ada kuasa veto di PBB.

Walaupun keadaan perairan China-Filipina semakin panas, hubungan antara kedua-dua negara masih baik.

Jurucakap Presiden Filipina Rodrigo Harry Roque pula yakin isu terumbu karang itu tidak akan menjejaskan hubungan dengan China secara keseluruhannya. Terutama sekali ketika ini Filipina berhubung rapat dalam isu vaksin.

“Para diplomat kami secara rutin melakukan protes seperti itu jika kami yakin hak kedaulatan kami dilanggar,” kata Harry.

“Tetapi itu tidak akan mempengaruhi keseluruhan hubungan baik negara dan China,” katanya.

Konflik tersebut kemudian menarik perhatian Presiden Filipina  iaitu Rodrigo Duterte yang secara terbuka menyatakan akan meminta bantuan AS.

Menteri Luar Negeri Teodoro Locsin Jnr mengatakan Filipina akan menelefon Washington dan cuba melakukan perjanjian pertahanan dengan Amerika Serikat (AS) jika China menyerang kapal angkatan lautnya di Laut China Selatan.

Dalam taklimat beliau  menerusi saluran berita ANC, Locsin – mewakili Presiden Filipian – mengatakan Manila akan terus melakukan rondaan udara di Laut China Selatan, walaupun ada desakan dari Beijing untuk menghentikan apa yang disebutnya sebagai “provokasi haram”.

“Mereka tak boleh menyebutnya sebagai provokasi haram. Dan kita tidak boleh berubah pikiran. Mereka telah tewas di mahkamah timbang tara,” kata Locsin merujuk kepada keputusan oleh mahkamah antarabangsa pada 2016 yang menolak sebagian besar tuntutan Beijing ke atas Laut China Selatan.

“[Tetapi jika] sesuatu berlaku yang sebenarnya adalah serangan, katakan kapal tentera laut Filipina [diserang]… itu bermaksud saya akan menghubungi Washington DC,” tambahnya.

Bagaimanapun Locsin tidak mahu memberikan komen bahawa Manila ada menghubungi  AS Ogos lalu.

Sejak tahun 951, AS dan Filipina telah mengadakan Perjanjian Pertahanan Bersama yang untuk saling menyokong sekiranya berlaku serangan. Di bawah presiden AS sebelum ini, Barack Obama, AS telah menarik diri dan mengambil pendekatan berkecuali daripada komitmen untuk perjanjian perselisihan wilayah maritim Filipina dengan China.

Locsin mengutuk sikap Obama sebelum ini yang menurutnya takut dengan China. Namun beliau yakin pentadbiran Trump akan membantu mereka.

“Pentadbiran Obama, pemerintahan Demokrat, cenderung untuk tidak berbuat apa apa dan tunduk kepada China. Itulah sebabnya kita kehilangan terumbu karang,” kata Locsin.

“Pentadbiran Republik (Trump) selalu sangat tegas mengenai komitmen Amerika terhadap kebebasan dan kemerdekaan negara, “katanya.

Filipina sebelum ini menuntut Sabah dari Malaysia

Agak ironi kerana beberapa minggu lalu Filipina mengklaim Sabah sebagai wilayah mereka.

Filpina mendakwa mereka ada alasan kukuh untuk menuntut Sabah.

Teodoro Locsin mengatakan dia akan menghidupkan kembali Biro Borneo Utara di kementeriannya. Locsin berikrar akan sedaya upaya menuntt Sabah.

Kenyataan Filipina itu ditentang oleh Malaysia.

Persidangan Dewan Negara pada September lalu telah membahaskan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah yang dikemukakan oleh Senator Adrian Lasimbang di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1).

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim membenarkannya dan perbahasan bermula 4.30 petang mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3) dengan pihak pencadang dibenarkan berbahas selama 30 minit dan diikuti pihak kerajaan menjawabnya dalam masa 30 minit.

Turut mengambil bahagian dalam perbahasan isu itu ialah Senator Datuk Paul Igai, Senator Alan Ling Sie Kiong, Senator Raj Munni Sabu dan Senator Liew Chin Tong.

Terdahulu, dalam pemberitahuan bersurat, Adrian Lasimbang mohon persidangan ditangguhkan mengikut peraturan mesyuarat 17 (1) bagi membahaskan berkenaan tuntutan Filipina terhadap Sabah melalui pengeluaran peta yang menyatakan bahawa negeri itu adalah sebahagian Wilayah Filipina.

“Ini adalah satu tindakan provokatif yang menggugat dan mencabar kedaulatan undang-undang Malaysia dan Sabah yang berada dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, usul berkenaan adalah perkara yang mustahak bagi kedaulatan negara dan satu pelanggaran terhadap kerjasama serantau melalui ASEAN serta melanggar undang-undang perjanjian di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh itu usul berkenaan perlu disegerakan kerana sebarang tindakan mempersoal kedaulatan Malaysia adalah satu isu keselamatan yang tidak boleh diambil ringan.

Dalam sesi perbahasan usul itu, Adrian berkata isu tuntutan Sabah oleh negara itu bukan perkara baharu namun hal itu ditimbulkan semula pada 20 Ogos lalu setelah Dewan Perwakilan Filipina mengesyorkan peta Sabah dipamerkan dalam pasport negara berkenaan.

“Perkara ini membawa implikasi sangat besar, sungguh ia hanyalah peta tetapi dari segi perbuatan ia adalah satu pengkhianatan dan tidak harus dikompromi,” katanya.

Beliau turut meminta satu kajian sejarah Sabah dilakukan secara terperinci bagi memastikan kerajaan mempunyai fakta dan dokumen lengkap untuk menangkis tuntutan yang dilakukan oleh negara itu.

Adrian menyarankan kerajaan supaya menyalurkan satu peruntukan khas kepada Universiti Malaysia Sabah bagi membolehkan kajian itu dilakukan.

Selain itu beliau turut meminta kerajaan supaya tidak mengiktiraf pasport Filipina yang memaparkan peta Sabah dan menghalang mereka yang menggunakan dokumen itu daripada memasuki negara ini.

Semasa menjawab isu berkenaan, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata Sabah adalah hak Malaysia dan ia sudah dibuktikan sejak sekian lama menerusi perjanjian Cobbold selain hak itu diiktiraf PBB.

Beliau berkata, oleh itu tidak relevan sekiranya ada mana-mana pihak asing termasuk Filipina menuntut hak ke atas Sabah.

“Isu tuntutan ini adalah tidak berasas dan tidak relevan kerana Sabah adalah hak Malaysia berdasarkan fakta sejarah lalu.

“Mengikut sejarah rakyat Sabah sendiri sudah menentukan hak mereka supaya negeri itu berada dalam Malaysia dan perjanjian Cobbold mengesahkan aspirasi ia sebahagian Malaysia,” katanya

Baca yang lain