Selepas Kutuk Barcelona Merosakkan Nama Baik La Liga, Kini Tebas Yakin Barca Tak Salah

Tak sampai seminggu selepas dia mendakwa Barcelona telah mencemarkan imej La Liga serta memalukan, presiden liga Sepanyol, Javier Tebas membuat u turn yang pelik.

Ini apabila dia mempertahankan Barcelona pula kali ini. Mendakwa bahawa kelab itu tidak bersalah di atas tuduhan membayar pengadil sebagai rasuah atau sogokan untuk menang di atas padang,

Tebas kemudian menganggap Barcelona benar benar membuatkan dia kecewa kerana tidak menjelaskan perkara yang sebenar kepadanya.

Tebas turut mengesahkan dia akan memantau rapat perbicaraan melibatkan Barcelona itu. Dan La Liga sedia bekerjasama sekiranya diperlukan oleh pihak berkuasa.

Tebas kemudian menambah: “Kes Negreira ini bukan sahaja berisiko merosakkan nama baik Barcelona, tetapi juga La Liga sekali. Saya rasa malu dengannya.”

Barcelona kini secara rasminya didakwa di mahkamah atas kesalahan melakukan amalan merasuah pengadil.

Kesalahan itu dilaporkan berlaku dari 2001 sehingga 2018.

Pendakwaraya menyatakan bahawa Barca telah membayar firma milik bekas pengadi Negreira yang ketika itu memiliki pengaruh dalam organisasi pengadil di Sepanyol.

Oleh kerana kes itu, 2 bekas presiden kelab Barcelona iaitu Sandro Rosell dan juga Jose Maria Bartomeu turut diminta tampil ke mahkamah.

Barcelona telah dituduh membayar sejumlah €7.3 juta di antara 2001 sehingga 2018. Pendakwaraya mendakawa bahawa bayaran itu adalah agar Barcelona mendapat kelebiha daripada pengadil ketika beraksi di atas padang.

Selain itu Barcelona malah boleh memilih mana pengadil yang mereka suka untuk mengadili perlawanan mereka.

Itu akan memberikan Barcelona dalam usaha memenangi trofi dalam sesuatu pertandingan.

Barcelona dilaporkan cuba menghentikan bayaran itu. Akhirnya menerima satu faks ugutan daripada Negreira yang mengancam akan mendedahkan tentang perkara itu jika dia dan beberapa pengadil lagi tidak mendapat bayaran seperti dijanjikan Barca.

Kini Tebas yakin Barcelona tidak bersalah dan akan terlepas daripada sebarang hukuman.

Tebas berkata: “Saya yakin bahawa FC Barcelona tidak merasuah pengadil walaupun mereka ada membayar pengadil. Namun kita masih perlukan penjelasan yang sebenar daripada mereka.”

Ditanya tentang kemungkinan Barcelona berdepan penyingkiran kerana kesalahan mereka. Tebas berkata, itu tidak akan menjadi masalah buat kelab seperti Barca.

Kerana dia yakin Barcelona akan terus kembali semula ke La Liga pada musim berikutnya.

Pastinya Tebas tidak mahu melihat Barca tersingkir. Ini kerana el clasico merupakan produk utama yang dijual oleh La Liga ke seluruh dunia.

 

Baca yang lain