Selepas Kutuk Liverpool, Ketua Editor Di TV Kerajaan UK Dedahkan Akaun Kena Godam

Liverpool turun menentang Fulham dalam aksi Piala Carabao. Dan mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menang 2-1.

Fulham di hadapan menerusi jaringan awal oleh Willian. Namun The Reds bangkit dengan 2 gol selepas itu.

Ketika Curtis Jones menyamakan kedudukan, laman Daily Mail memuat naik status: “Percubaan Curtis Jones terbias pada pemain lawan dan melayang atas kepala Leno.”

Phil McNulty yang merupakan ketua editor untuk BBC, sebuah agensi berita kerajaan di UK telah memberika respon dengan kata kata kesat.

Dia menulis: “Memang kemaluan wanita la”

Phil McNulty kemudian menerima banyak kritikan di atas bahasanya yang tidak menggambarkan bahawa dia seorang pekerja sektor awam.

Ada juga menyindir, sama ada dia lupa menukar akaun Twitter dulu ke sebelum membuat komen itu.

Kemudian yang lain menyatakan, komen itu tidak mengejutkan memandangkan dia merupakan peminat Everton.

Tidak lama selepas itu, McNulty terus menyatakan bahawa dia sangat kecewa kerana ada hacker tidak bertanggungjawab menggodam akaun Twitternya.

Lalu sepantas kilat dia terus menukar kata laluan Twitter miliknya.

McNulty menejaskan: “Boleh dengan yakinnya saya menyatakan bahawa tadi akaun  saya kena godam. Minta maaf dan terus tukar kata lalua dengan segera. Minta maaf kepada semua.”

Ramai yang membalas dengan menyatakan bahawa taktik itu benar benar sudah lapuk.

Yang lain berkata: “Jadi hacker memutuskan menggodam akaun Phil McNulty, memuat naik satu tweet panggil Liverpool ehem ehem di ruangan komen Daily Mail…. dan  blah, itu je?”