Selepas Laga Pipi, Ramos Doakan Kejayaan Sahabatnya Messi Menang Ballon d’Or

Buat pertama kalinya dalam hidup beliau, Sergio Ramos menyokong Lionel Messi untuk memenangi Ballon d’Or musim ini berbanding dengan Cristiano Ronaldo.

Nama Lionel Messi dan Ronaldo sekali lagi berada dalam senarai akhir untuk Ballon d’Or.

Ramos sebelum ini menjadi kapten kepada real Madrid seringkali tidak sehaluan dengan Messi di atas padang dan ketika memilih siapkah pilihan dia untuk Ballon d’Or atau FIFA Best.

Kali ini Ramos yakin dan berharap agar Messi memenanginya kerana menurutnya tiada pemain lain yang lebih layak berbanding Messi. Walaupun sedar bahawa bintang Bayern Munich, Robert Lewandowski juga pesaing yang hebat.

Ramos akhirnya beraksi pertama kali bersama sama dengan Lionel Messi selepas kedua dua mereka menyertai PSG. Ramos menganggap bermain dengan Messi sebagai satu kepuasan yang tak terhingga.

Bercakap kepada wartawan selepas membuat debut untuk PSG, Ramos berkata: “Messi sangat tajam dan saya sangat seronok bermain di samping dia.”

Wartawan kemudian bertanya kepada Ramos, siapakah yang beliau sokong untuk untuk memenangi Ballon d’Or.

Ramos berkata: “Jelas sekali saya menyokong Lionel Messi. Dan saya mendoakan  yang terbaik untuk dia.”

Ramos kemudian menjelaskan bahawa dia akan sentiasa menyokong mana mana pemain dari pasukannya.

Kisah Ramos ajak Messi tinggal dulu di rumahnya

Sergio Ramos dan Lionel Messi sebelum ini merupakan musuh sejati di atas padang. Di mana kedua dua pemain seringkali terlibat dalam beberapa siri pertengkaran di atas padang.

Ramos dikenali dengan gaya permainan kerasnya seringkali menggunakan aksi kasarnya ke atas Messi dalam el clasico.

Siapa sangka, kedua dua pemain akhirnya beraksi dalam satu pasukan yang sama. Lebih sweet lagi, Ramos menawarkan sesuatu kepada Messi dan keluarganya ketika mereka mula tiba di PSG.

Messi sah menyertai PSG dengan gaji yang sangat tinggi sekitar EUR35 juta semusim termasuk bonus.

Messi meninggalkan Barcelona selepas gagal mendapatkan kontrak baharu kerana dilarang oleh FFP.

Messi sekeluarga ketika itu masih tinggal di hotel sementara mencari rumah baharu.

Sergio Ramos memahami bahawa anak anak Messi mungkin tidak selesa duduk di hotel dan sukakan suasana di rumah.

Lalu Ramos menawarkan rumahnya untuk didiami sementara Messi sekeluarga. Ramos sudah menghubungi Lionel Messi.

Ramos berkata kepada Messi: “Jika kamu sekeluarga mahu tinggal dalam suasana di rumah berbanding hotel, kamu boleh datang tinggal di rumah saya buat sementara.”

El Pais menyatakan bahawa Sergio Ramos sangat gembira dapat sepasukan dengan Lionel Messi dan bertekad akan mempertahankan Messi sama seperti rakan sepasukannya yang lain ketika di atas padang.

Selain itu, Ramos dikatakan sangat menghormati Lionel Messi sebagai seorang pemain yang hebat.

Beberapa bulan lalu, Ramos pernah meminta Messi agar tidak meninggalkan La Liga, kerana Messi adalah pemain penting buat liga tersebut.

Malah berseloroh, meminta Messi datang ke Real Madrid, jika kontraknya di Barcelona gagal dilanjutkan.

Ramos pada masa itu juga dengan wajah menganjing berkata dia menantikan saat Messi meninggalkan Barcelona agar kelab itu merasai erti penderitaan. Dan lebih bagus kalau Messi meninggalkan Barca dan menyertai Real Madrid, seperti mana dilakukan Luis Figo.

Ketika itu Ramos turut menawarkan rumahnya untuk Messi sekeluarga.

Ramos ketika itu berkata kepada Ibai Lanos: “Ianya satu penghormatan jika Leo Messi menyertai Real Madrid suatu hari nanti. Kami dah banyak sangat menderita sebab dia. Dan saya akan berasa gembira untuk menerima kehadirannya di sini.”

“Sebenarnya, lebih bagus untuk tidak menentang kamu, mungkin kendengaran bodoh untuk memperkatakan hal ini.”

“Dia dan keluarga dia boleh tidur di rumah kami sekeluarga untuk dua atau tiga minggu sementara mendapatkan rumah baru.”

Siapa sangka kedua duanya yang merupakan kapten Barca dan Real Madrid, masing masing gagal mendapatkan kontrak baharu dan terpaksa keluar dari kelab yang mereka sayangi.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo berharap pemain pemain baharu seperti Ramos dan Messi menikmati kehidupan di kota Paris selain daripada menikmati aksi di atas padang.

Leonardo berkata: “Inilah kota yang penuh dengan keju, makanan, seni dan budaya. Ia juga kota sukan ragbi. Akhir sekali barulah bola sepak.”

Leonardo kemudian menjelaskan kepada Messi: “Di sini, kalau kamu tewas 3 perlawanan berturut turut, semua orang akan memaki kamu di jalanan. Jangan risau, keluarga kamu akan membiasakan diri dengan keadaan tersebut.”

Seterusnya Leonardo juga memberikan jaminan bahawa kelab kini menyediakan kawalan keselamatan khas di setiap rumah pemain untu mengelak insiden samun dan pecah masuk rumah berlaku terutama sekali ketika hari perlawanan.

Sebelum ini Angel Di Maria dan Marquinhos antara mangsa yang mengalami masalah tersebut.

Leonardo masih berusaha membantu Messi mencari rumah yang sesuai dan menepati citarasa keluarganya. Di mana Messi dan isterinya mahukan rumah yang berdekatan dengan sekolah untuk menyekolahkan tiga orang anaknya iaitu Thiago, Mateo dan Ciro.

El Pais juga melaporkan Messi rasminya keluar daripada kumpulan WhatsApp pemain Barcelona sebaik sahaja terbang ke Paris.

Pastinya ramai peminat sudah tak sabar menantikan aksi Messi dan Ramos di atas padang sebagai satu pasukan.

Jika dulu asyik bergocoh je kerja:

Baca yang lain