Selepas Melakukannya Di Latihan, Florian Neuhaus Melemaskan GK Lawan Dengan Gol Chip Jarak Jauh

Florian Neuhaus telah menewaskan penjaga gol Mainz, Robin Zentner dengan cara sangat kejam dan melemaskan, dalam kemenangan 3-1 Borussia Monchengladbach.

Saya anggap ini satu kepakaran kerana ini bukan pertama kali beliau melakukannya.

Pemain tengah Jerman itu itu melambungkan bola dengan chip yang melepasi Zentner dan ketika penjaga gol itu berlari kembali ke kotaknya.

Walaupun Zentner sudah kembali ke kawasan gol beliau, chip oleh Neuhaus terlalu padu dan melayang melewatinya dan menerjah gawang.

“Itulah adalah karya seni sebenar dalam bola sepak,” jelas Florian Neuhaus, yang memuji dan menghargai kegeniusan diri sendiri.

Ia adalah gol kedua pemain berusia 22 tahun itu, musim ini.

Beliau sendiri mengakui tidak terfikir babawa beliau boleh mengulangi gol yang sama seperti itu lagi di masa akan datang. Jelas sekali itu adalah goal of his life.

Namun sebenarnya beliau pernah melakukan gol dengan cara yang sama seperti ini satu ketika dahulu.

Jadi ini memang kepakaran dan bukan satu kebetulan. Tak hairan beliau akan melakukannya sekali lagi pada masa akan datang kan?

Lihat beliau melakukan perkara yang sama di sesi latihan. Korang tengok ni:

Monchengladbach telah menikmati musim yang hebat di bawah kendalian Rose dan masih meletakkan diri mereka dalam perlumbaan untuk merebut gelaran Bundesliga.

Mereka kini di tempat ketiga dalam carta liga dan dibezakan hanya dua mata di belakang RB Leipzig.

Baca yang lain