Selepas Memeluk Islam, Thomas Partey Umum Dah Tukar Nama Kepada Yakubu

Thomas Partey mendedahkan dia telah menukar namanya kepada Yakubu selepas berkahwin dengan isterinya Sara Bella yang beragama Islam.

Dia sudah pun menukar agamanya beberapa bulan lalu ketika mengumumkan tentang hal tersebut.

Tetapi pemain tengah masih akan dirujuk sebagai Partey apabila bermain untuk Arsenal dan terus memakai Thomas pada jersinya.

Selain itu, pemain berusia 28 tahun itu turut menegaskan bahawa dia selama ini membesar bersama sama dengan rakan rakannya yang beragama Islam sejak dari kecil.

Jadi dia sendiri tak pernah menolak kemungkina bahawa suatu hari nanti dia pun akan menjadi seorang Muslim.

Partey aka Yakubu berkata: “Saya sudah memiliki seorang gadis yang saya cintai” katanya dalam video Instagram yang disiarkan oleh wartawan Ghana, Nana Aba Anamoah

“Saya selama ini dibesarkan dengan orang Islam jadi pada penghujung hari ia adalah perkara yang sama. Saya sudah berkahwin dan nama Islam saya Yakubu.’

Dibesarkan sebagai seorang Kristian di timur Ghana, Partey memberitahu media nasionalnya pada Mac bahawa dia telah menjadi seorang Muslim kerana Bella.

Pada pertengahan Mac lalu, gambarnya di London bersama seorang Sheikh tersebar di media sosial ketika pasangan itu memegang al-Quran – kitab suci Islam.

Dan mengabdikan dirinya lebih jauh kepada Islam, Partey kini telah mengambil nama Yakubu selepas mengikat tali pertunangan dengan Bella.

Partey hanya beraksi 26 kali untuk Arsenal dalam semua kejohanan musim lalu kerana kecederaan dan penggantungan.

Kecederaan hamstring semasa kekalahan 3-0 di Crystal Palace pada 4 April menyaksikan kempennya berakhir lebih awal, dan The Gunners terlepas peluang menamatkan saingan di empat teratas kepada pesaing ketat Tottenham Hotspur.

Partey dianggap pemain yang penting dalam skuad Arteta setiap kali dia beraksi. Namun malangnya dia masih perlu mengatasi masalah kecergasan yang seringkali membelenggunya.