Selepas Messi, Inter Miami Mahu Dapatkan Luis Suarez, Busquets Dan Jordi Alba

Gaston Edul melaporkan bahawa Inter Miami mahu membina projek bola sepak serius berteraskan Lionel Messi. Mereka sedia membawa masuk beberapa lagi nama besar yang lain.

3 bekas pemain Barcelona berada dalam senarai sasaran Inter Miami untuk digandingkan dengan Lionel Messi.

Mereka ialah Luis Suarez, Jordi Alba dan Sergio Busquets.

Luis Suarez merupakan rakan baik Messi. Dan kini bermain untuk Gremio dengan kontrak sehingga 2024.

Hanya Suarez yang memerlukan Inter Miami membayar wang perpindahan kerana 2 lagi pemain yang disebutkan di atas adalah free agent.

Sama seperti Suarez, dua lagi pemain iaitu Busquets dan Jordi Alba juga sangat rapat dengan Messi.

Lionel Messi masih lagi memiliki peak yang luar biasa di kakinya. Dia masih mampu bermain dengan baik di Ligue 1 dan di peringkat antarabangsa.

Malangnya, di PSG, Messi kurang dihargai peminat di sana. Dan seringkali menjadi kambing hitam oleh peminat apabila kelab itu gagal dalam UCL.

Sergio Busquets sudah mengesahkan dia meninggalkan Barcelona, namun belum memutuskan sama ada akan meneruskan karier bermain atau bersara.

Jordi Alba turut sudah rasmi meninggalkan Barcelona. Dia jelas sekali mahu terus berkarier secara profesional.

Inter Miami merupakan kelab milik David Beckham yang bersaing dalam MLS.

Kehadiran Lionel Messi pastinya akan merancakkan lagi MLS. Sebagaimana yang pernah dilakukan David Beckham sendiri satu ketika dahulu ketika menyertai LA Galaxy.

Baca yang lain