Bekas pemain generasi emas luar biasa Leicester, Danny Drinkwater diberikan talian hayat untuk menaikkan semula kariernya.
Sejak menyertai Chelsea, Danny Drinkwater yang gemar minum air dilihat gagal untuk memberikan form terbaik bersama pasukan itu.
Sudah 3 pengurus silih berganti, Drinkwater masih tersisih. Selain daripada krisis prestasi, beliau dibelenggu isu kecederaan dan kecergasan.
Beliau berjaya mendapatkan kontrak pinjaman di Burnley, namun ceritanya tak jauh sangat.
Chelsea mengesahkan, Danny kini berpeluang untuk minum air di Villa Park bersama Jack Grealish.
Kenyataan rasmi telah dikeluarkan:
“Danny Minum Air akan meneruskan baki musim ini secara pinjaman di pasukan EPL, di Aston Villa, selepas kembali daripada pinjaman dari Burnley.”
“Pemain berusian 29 tahun itu melengkapkan pertukaran kelab pada Selasa. Villa, kita semua tahu, adanya bekas kapten Chelsea, John Terry menjadi pembantu Dean Smith – tempat di mana Tammy Abraham bermain secara pinjaman musim lepas.”
Chelsea midfielder Danny Drinkwater has arrived at Aston Villa’s training ground to undergo a medical, after the two clubs agreed a loan deal for the midfielder, Sky Sports News has learned.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) January 7, 2020
“Danny Minum Air hanya bermain 2 perlawanan dengan Burnley sejak Ogos. Dan karier beliau di Turf Moor diganggu kecederaan.”
“Danny ada bermain dalam Piala Carabao berhadapan dengan Sunderland, dan juga aksi berhadapan Man City bulan lepas.”
Chelsea yakin perpindahan ini yang terbaik untuk Drinkwater.
Aston Villa sudah tentunya dalam usaha mengelakkan zon penyingkiran selepas berbelanja memecahkan mesin ATM pada awal musim.
Mereka mahu mengelakkan gelaran ‘doing a Fulham season’ yang melakukan perkara sama musim lalu. Fulham ke gaung kerana pasukan terlalu baru dibentuk tanpa kesinambungan.
Agak menarik, mereka disingkirkan Fulham dari Piala FA pula beberapa hari lalu.
Dean Smith confirms the #FACup simply cannot be a priority for Aston Villa this season after they were beaten at Fulham today
More: https://t.co/jiLUQjEF4R pic.twitter.com/Qw3NTI5B0C
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) January 4, 2020
Aston Villa hanya mengutip 21 mata. Dibezakan hanya 1 mata daripada zon penyingkiran. Ini bukan benda yang sepatutnya berlaku kepada mereka.
Awal musim CEO Aston Villa dengan bangga menyatakan mereka merombak habis pasukan yang membantu mereka naik ke EPL musim lalu.
Selalunya orang kata, pasukan yang baik itu tak akan hilang lebih 7 pemain utama untuk set up pasukan musim baru. Tetapi Villa terlalu emosi dengan mendapat wang hadiah kejayaan naik ke EPL yang banyak.
"We had 12 players leave at the end of last season – we would have started the season with 10 players"
Aston Villa chief executive Christian Purslow explains the process behind their huge summer spending.
Watch full interview: https://t.co/GeyVUEamR8 pic.twitter.com/geWHsmVIyF
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 13, 2019
Pada pra musim, Aston Villa membelanjakan lebih £100 juta. Hari hari seperti hari raya bagi peminat Aston Vila pada pra musim lalu.
Mereka membeli Tyrone Mings (£20 juta), Anwar El Ghazi (£8 juta), untuk menebus klausa pembelian tetap. Ini oklah sebab mereka dua ni pergi on loan.
Villa merembat Ezri Konsa dengan £12 juta serta mendapatkan pemain seteru utama yang selalu ajak bergaduh iaitu Jota dari Birmingham City dengan nilai £4 juta serta Kortney Hause £3 juta.
Just a photo of our new signing Danny Drinkwater. Drinking water pic.twitter.com/jGOf0bWiRd
— The Stands Of Villa Park (@TheStandsOfVP) January 7, 2020
Melihat masih ada banyak baki di Bank Simpanan Nasional, Villa terus target Matt Target dan membayar £11.5 juta. Ini diikuti Bjorn Engels dan Mahmoud Hassan ‘Trezeguet’, masing masing dengan bayaran £8 juta.
Ketika penyokong Villa dan Danny ketika itu masih minum air di Stamford Bridge, tak sempat nak minum, dah keluar notifikasi menyatakan Villa mendapatkan pemain Club Brugge, Wesley Moraes dengan rekod pembelian pasukan sebanyak £22 juta.
Bukan seorang, tetapi ada lagi seorang pemain Brugge mereka beli iaitu Marvelous Nakamba, dengan harga £11 juta.
Villa turut mengesahkan kapten B-23 Brazil, Douglas Luiz dari Man City dengan nilai £15 juta. Menjadikan keseluruhan perbelanjaan mereka ketika itu sekitar £120 juta.
Aston Villa’s spending this summer is set to reach almost £100m – as they’re close to a £15m deal to sign Manchester City’s 21-year-old midfielder Douglas Luiz, Sky Sports News understands.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) July 12, 2019
Villa kini dalam usaha nak mendapatkan Joe Hart pula.
Joe Hart is among the goalkeepers being considered by Aston Villa boss Dean Smith (@MailSport) #AVFC #twitterclarets pic.twitter.com/mhKZ7bB5N7
— Transfer Rumours UK (@TransferRumou14) January 4, 2020