Selepas Ramai Star NBA Menganjing Noah Lyles Pasal ‘Juara Dunia’, USA Tersingkir Di Tangan Jerman

Noah Lyles kini sedang menikmati kemenangan selepas dia menjadi mangsa serangan bertali arus daripada bintang NBA.

Ianya selepas Noah Lyles troll tentang ‘Kejuaraan Dunia’ istilah yang seringkali digunakan dalam pertandingan di Amerika Syarikat. Termasuk NBA, Superbowl dan bermacam lagi sukan.

Dan pada hari Jumaat, A.S. dikecewakan oleh Jerman pada pusingan separuh akhir acara bola keranjang Piala Dunia FIBA.

Pelari pecut AS itu mendapat banyak kritikan daripada pemain dan peminat NBA bulan lalu kerana komen yang dibuatnya selepas memenangi kejuaraan dunia ketiganya dalam acara 200 meter lelaki.

Kini Lyles tampil memberikan sedikit kecaman itu kepada komuniti bola keranjang selepas kekalahan teruk Pasukan USA.

Lyles mengetweet semula siaran tentang kekalahan A.S (dan kemudiannya menyahtweet) yang menggabungkan skor akhir daripada perlawanan itu dengan meme dirinya menyampaikan kenyataan pedas yang kini terkenal dengan wajah tidak percaya: “Juara dunia apa?”

“Juara dunia Amerika Syarikat?”

Ramai yang lain menyiarkan meme yang serupa, untuk menyokong Lyles dan/atau untuk mengejek pasukan A.S. yang pernah menjadi pasukan kegemaran pingat emas.

Lyles sebelum ini mengkritik A.S yang kurang perhatian untuk beberapa bintang sukan acara lain walaupun selepas membuktikan diri mereka menentang persaingan terbaik di dunia.

“Anda tahu apa yang paling menyakitkan saya ialah saya perlu menonton Pusingan Akhir NBA dan mereka meletakkan ‘juara dunia’ di headline,” kata Lyles, yang turut memenangi emas dalam acara lari berganti-ganti 100 dan 4×100 lelaki.

“Juara dunia apa? Amerika Syarikat? Jangan salah faham. Saya cinakan A.S. – tetapi itu bukan dunia.”

“Itu bukan dunia. Kita ini [acara balapan dunia] adalah dunia. Kita mempunyai hampir setiap negara di sini bersaing, berkembang maju, memasang bendera mereka untuk menunjukkan bahawa mereka diwakili.”

“Tidak ada bendera di NBA. Kita kena buat lebih usaha lagi [untuk sukan lain]. Kita mesti dipersembahkan kepada dunia.”

Ramai bintang NBA – termasuk Kevin Durant, Damian Lillard, Draymond Green, Bam Adebayo, Devin Booker, Aaron Gordon, Tyus Jones, Juan Toscano-Anderson dan Udonis Haslem – memunggah status di media sosial untuk menyatakan rasa tidak senang mereka dengan komen Lyles, menunjukkan bahawa NBA menampilkan bakat terbaik di dunia dan A.S. memenangi emas Olimpik pada 2020.

Ada yang menghina Lyles dan menganggap dia perlu diajar erti dunia.

Noah Lyles terpaksa menjelaskan tentang pandangannya. Dia tidak membenci NBA malah dia mengikuti NBA.

Dia kemudian berkata: “Jujurnya, saya memang merasakan NBA adalah terbaik di dunia. Itu tidak pernah diragui. Namun ada tahap tertentu untuk tidak memahami dua sisi sukan.”

“Ada peringkat kebangsaan dan ada peringkat dunia. Dan kamu tidak mendapat kejuaraan dunia jika tidak menentang negara negara lain.”

Namun Lyles terus mendapat kritikan dan sindiran di media sosial.

Dan kini Noah Lyles sedang tersenyum riang.

Malah laman World Athletics turut menggunakan meme gambarnya.

Harus diakui NBA liga bola keranjang terbaik dunia. Dan mereka menjadi sumber utama bakat pasukan Jerman dalam kejayaan negara itu mengalahkan A.S.