Selepas Ronaldo Pecahkan Rekodnya, Pele Edit Biodata IG Klaim Dia Skor 1,283 Gol

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi merupakan dua pemain bola sepak yang menguasi era mereka. Satu persatu rekod yang  mereka pecahkan secara individu.

Dua pemain tersebut memiliki 11 Ballon d’Or  antara mereka. Menjadikan mereka antara 2 pemain terbaik sepanjang zaman.

Pada minggu sebelumnya Lionel Messi memecahkan rekod Pele untuk menjadi penjaring gol paling banyak untuk satu kelab.

Rekod itu diperakui oleh sumber opta. Namun ianya tidak diterima oleh laman rasmi Santos yang kemudian mengorek kesemua gol perlawanan persahabatan melibatkan Pele.

Santos tak terima statistik Messi lebih banyak gol

Kelab Santos, iaitu kelab Pele telah menghantar satu bantahan tentang rekod Pele yang dilaporkan telah menjaringkan 643 gol untuk kelab mereka.

Rekod tersebut telah rasminya dipecahkan Lionel Messi selepas pemain itu menjaringkan gol ke-644 bersama dengan Barcelona baru baru ini.

Jadi, kini Messi menjadi pemain paling banyak menjaringkan gol untuk satu kelab mengatasi Pele.

Pele turut mengucapkan tahniah kepada Lionel Messi. Namun Santos membuat satu tuntutan di IG rasmi mereka tentang gol bekas pemain mereka.

Menurut Santos, pemenang 3 Piala Dunia – Pele – telah menjaringkan 1,091 gol bersama dengan mereka. Jumlah itu dengan mengambil kira beberapa perlawanan persahabatan berprofil tinggi.

Santos menerusi IG rasminya berkata:

“Dalam beberapa hari terakhir ini, ramai yang bercakap di media sosial tentang berapa banyak gol Pele bersama Santos.”

“Menurut statistik, Pemain Argentina, Lionel Messi menjadi pemain paling banyak gol untuk satu kelab apabila beliau menjaringkan 644 gol untuk Catalan, tidak termasuk persahabatan — dan juga beberapa gol yang dikira gol rasmo.”

“Pele sudah mengucapkan tahniah kepada bintang no.10 Barcelona: ‘Cerita macam kita ini, tentang cinta kepada satu kelab yang sama untuk sekian lama. Dukacitanya, ia menjadi kisah yang semakin asing [rare] dalam bola sepak,’ tulis O Rei [Sang Raja] di media sosial beliau.”

“Namun begitu, sebahagian media melaporkan jumlah keseluruhan gol tanpa mengambil kira rekod keseluruhan gol Pele untuk kelab ini. Pele sebenarnya telah menjaringkan 1,091 gol untuk Santos.”

“O Rei menjaringkan 643 gol dalam aksi kompetitif dan 448 gol dalam aksi persahabatan dan perlawanan yang mereka katakan kurang bernilai.”

“448 gol itu cuba dinyahkan oleh mereka, ianya adalah gol gol berdepan dengan pasukan pasukan terbaik pada masa itu. Misalnya Club America (Mexico) dan Colo Colo (Chile) dan kedua dua pasukan masing masing bolos 9 kali di kaki Pele.”

“Inter Milan salah sebuah pasukan terhebat di Eropah dengan pasukan 1960-an, 8 kali dibolosi O Rei.”

“Senarai senarai ini melibatkan banyak nama besar lain termasuk: River Plate, Boca Juniors, Racing, Universidad de Chile, Real Madrid, Juventus, Lazio, Napoli, Benfica dan Anderlecht.”

“Bahkan Barcelona sendiri kelab Messi bermain, salah satu mangsa Pele. Pele skor 4 gol dalam 4 perlawanan menentang mereka.”

Ramai yang menyatakan bahawa admin media Santos seolah olah koyak dan terlalu sensitif mempertahankan legenda mereka Pele. Sedangkan Pele sendiri mengucapkan tahniah kepada Messi.

Pele ubahsuai bio

Drama rekod Pele ini tak terhenti di situ. Terbaru Ronaldo memecahkan rekod gol sepanjang karier yang dimiliki Pele.

Di mana Ronaldo mencetak gol ke-758 dalam kariernya melepasi 757 gol oleh Pele. Namun kali ini Pele sendiri yang seolah olah tidak mahu mengiktiraf rekod Ronaldo itu.

Pele tanpa berlengah lagi, terus mengemaskini biodata di Instagram beliau dengan menyatakan bahawa beliau adalah pendahulu carta gol terbanyak sepanjang zaman dengan menulis 1,283 gol keseluruhannya.

 

Sebenarnya rekod gol Pele sememangnya agak kontroversi. Tidak dinafikan Pele merupakan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, malah kerap dianggap terbaik sepanjang zaman dengan membantu negaranya menang 3 Piala Dunia.

Pele seringkali mahu gol perlawanan pershabatan, perlawanan jelajah, pra musim – yang dianggap bukan perlawanan kompetitif – diiktiraf dalam senarai golnya.

Dengan pengklaiman terbaru Pele ini, berpeluh Ronaldo dan Messi mahu memecahkan rekod beliau.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi