Menurut laporan, pasangan romantis Alisha Lehmann dan Douglas Luiz sudah berpisah gara gara kalendar.
Pasangan itu telah bersama selama lebih setahun selepas mereka bertemu di perkarangan kelab dan sejak itu, mereka telah membina pengikut media sosial yang ramai.
Douglas Luiz yang sebelum ini dikaitkan dengan transfer request ke Arsenal telah memutuskan untuk menandatangani kontrak baharu dengan Aston Villa.
Luiz pada awalnya dijangka tidak akan melanjutkan kontraknya dan pergi ke Arsenal secara percuma. Itu tidak berlaku.
Ramai percaya, salah satu sebabnya adalah kerana mahu terus dekat dengan Alisha Lehmann yang bermain untuk pasukan wanita.
Pada bulan September, mereka merakamkan sesi khas bersama media Aston Villa sebagai Mr dan Mrs. Villa dan peminat menyukainya.
Douglas Luiz turut membidas wartawan yang menjadikan aweknya sebagai simbol se*ks dengan memuat naik gambar Alisha yang seksi ketika bermain bola sepak.
Milton Neves, hos TV Brazil berusia 71 tahun, berkongsi video Lehmann meraikan gol dengan melompat dan berpaling ke belakang.
FULL STORY:https://t.co/djMnxQSHt0
— SPORTbible (@sportbible) September 27, 2022
Luiz menganggap Neves sebagai biadap dan tidak menghormati cinta hatinya.
Tetapi nampaknya pemain antarabangsa Switzerland, Lehmann dan pemain tengah Brazil, Luiz kini telah menamatkan hubungan mereka selepas mereka ‘banyak bertelagah’ berkaitan dengan kalendar baharunya.
Sumber yang rapat dengan pasangan itu berkata: “Douglas benar-benar terpikat dengan Alisha. Apabila dia mula-mula tiba, dia seperti, ‘Siapa gadis ini?’.”
“Dia cepat-cepat mengajaknya keluar dan mereka menjadi pasangan yang berpengaruh dalam bola sepak. Mereka sangat disukai ramai. Tetapi, malangnya, apabila Alisha semakin diminati di luar padang, keretakan mula muncul dalam hubungan mereka.”
“Apabila diminta untuk merakamkan gambar untuk kalendar, dia mengambil peluang untuk menunjukkan sisi seksinya tetapi Luiz tidak berpuas hati. Dia tidak fikir itu adalah sesuatu yang patut dia lakukan. Mereka banyak bertelagah dan akhirnya Alisha sudah nekad.”
Aston Villa duo Douglas Luiz and Alisha Lehmann 'confirm split after their year-long relationship' https://t.co/9IFKDTx5Dw
— Daily Mail U.K. (@DailyMailUK) November 20, 2022
Kalendar Lehmann kini dijual di laman web rasminya dengan harga £29.99. Peminat juga boleh membeli salinan yang ditandatangani dengan harga £49.99.
Keterangan pada kalendar itu berbunyi: “Kalendar Rasmi 2023 pemain bola sepak wanita Switzerland Alisha Lehmann termasuk imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Salinan yang tidak ditandatangani dan ditandatangani tersedia.”