Selepas Tersingkir Daripada Piala Dunia, Richarlison Cacah Tatu Gambarnya, Ronaldo Dan Neymar

Richarlison memutuskan untuk mencacah tatu yang besar memaparkan dia dengan 2 idolanya iaitu Ronaldo R9 dan Neymar.

Richarlison menunjukkan tatu terbarunya itu kepada umum menerusi Instagram story miliknya.

Dia membuat tatu itu selepas penyingkiran Brazil daripada pentas Piala Dunia 2022.

Menarinya, Richarlison kini memiliki satu lagi tatu menunjukkan dirinya. Sebelum ini adalah gambar dia masa kecil. Dan ini pula gambar dia ketika besar, mewakili Brazil dalam Piala Dunia 2022.

Richarlison memang sangat minat dengan Ronaldo dan Neymar. Pernah dalam satu temubual yang dikendalikan R9, dia menangis terharu berjumpa dengan pemain itu.

Selepas kemenangan bergaya menentang Korea Selatan, satu rakaman video menyentuh hati telah tular memaparkan Richarlison yang tidak dapat menahan sebak ketika bertemu dengan legenda Brazil Ronaldo selepas pasukannya mara ke suku akhir Piala Dunia.

Richarlison pada ketika itu baru sahaja menjaringkan gol ketiga selepas pasukannya yang membuatkan Tite menyertai dia dan rakan rakannya membuat tarian burung merpati.

Selepas tamat perlawanan, Ronaldo 9 ataupun R9 menemubual sendiri Richarlison.

Richarlison: Ronaldo dan Neymar adalah idola saya

Ronaldo juga merupakan sebahagian daripada skuad juara Piala Dunia 2002 Brazil di Korea Selatan dan Jepun dan memenangi but kasut selepas menjaringkan lapan gol, termasuk dua kali dalam kemenangan 2-0 ke atas Jerman pada perlawanan akhir.

Dalam temuramah dengan R9, Richarlison sempat mengajar legenda itu cara tarian merpati.

https://twitter.com/BrasilEdition/status/1599912999321751553

Dan dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir kerana bertemu dengan idolanya sejak kecil.

Richarlison: “Saya dah rasa emosi dah ni.”

R9: “Tenang tenang je bah..”

Richarlison: “Pertama kali saya jumpa kamu ketika di London, kan? Masa tu ada acara, dan saya cuma berkesempatan mengambil selfie dengan kamu.”

“Masa tu crowded nak mampus.”

“Jadi saya rasa emosional jumpa kamu hari ini, sebab kamu adalah idola saya, sama macam Neymar.”

R9: “Kita berjuang bersama sama kawan.”

Richarlison: “Bagi saya kamu adalah inspirasi sejak saya kecil lagi.”

“Saya percaya kamu pasti dah tengok kan gambar saya menggayakan gaya rambut kamu.”

“Jadi, melihat kamu di sini, adalah satu kegembiraan, bagi semua orang dalam pasukan ini, nak atau tidak, kamu telah menyemarakkan api perjuangan kami di atas padang.”

“Melihat kamu, Kaka, Cafu, Roberto Carlos, datang menyokong kami, ini telah memberikan kami banyak motivasi.”

Agak malang apabila Brazil kemudian gagal mara lebih jauh dalam Piala Dunia 2022. Di mana mereka disingkirkan Croatia dalam perlawanan yang berlaruhan ke penentuan penalti.

Namun prestasi Richarlison dalam Piala Dunia 2022 kali ini mendapat pujian ramai pihak. Dia hampir terlepas aksi Piala Dunia 2022 kerana kecederaan dialaminya bebeberapa minggu sebelum pertandingan bermula.

Dia turut mencetak 2 gol luar biasa dalam pertandingan ini, antaranya gol libasan gunting yang padu.

Peminat Spurs berharap Richarlison akan dapat meneruskan ketajamannya di hadapan gol ketika menyarung jersi kelab itu sekembalinya dari Brazil.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil