Selepas Tewaskan Juve, Ibra Yakin AC Milan Juara Serie A Jika Dia Bermain Sejak Hari Pertama

Zlatan Ibrahimovic berkata: “Jika aku bermain di Serie A sejak hari pertama, sudah pasti Scudetto milik AC Milan.”

Beliau membantu pasukannya menewaskan Juventus 4-2 dalam aksi liga.

Zlatan Ibrahimovic membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti untuk merapatkan jurang gol selepas ketinggalan dua gol.

Gol itu menjadi nadi kebangkitan AC Milan.

Juventus di hadapan menerusi Adrian Rabiot dan Cristiano Ronaldo.

Milan kemudian membazirkan beberapa peluang gol.

Ibrahimovic akhirnya menjaringkan gol pertama Milan pada minit ke-62 menerusi sepakan penalti.

https://twitter.com/4567vvv/status/1280625026203619336?s=19

Milan kemudian melengkapkan kebangkitan lima minit menerusi dua lagi gol oleh Franck Kessie dan Rafael Leao.

Ante Rebic menambah satu lagi gol, kuranng 10 minit daripada wisel penamat.

Kekalahan Juve ini menyaksikan skuad bimbingan Maurizio Sarri mempersiakan peluang untuk menjarakkan diri 10 mata daripada Lazio.

Ini selepas Lazio tewas 2-1 di tangan pasukan yang di ambang penyingkiran, Lecce.

Ronaldo menjadi pemain pertama yang menjaringkan 25 gol dalam Serie A untuk Juventus sejak 1961.