Masih ingat tak korang, beberapa bulan lalu, aktivis binatang ataupun PETA menuduh Khabib Nurmagomedov sebagai menganiayai beruang kerana mengikat beruang perliharaannya.
Mereka juga mahu Khabib dan ayahnya memberikan penjelasan kenapa Khabib bergusti dengan beruang ketika kecil?
Organisasi hak asasi haiwan, Ethical Treatment of Animals (PETA), telah mengecam tindakan Khabib Nurmagomedov yang bergusti dengan beruang.
Khabib sebelum ini pernah memuat naik satu status di Instagram dengan kapsyen: “Dengan sahabat lama saya.”
Ia merujuk kepada haiwan yang pernah menjadi teman dan juga rakan ‘sparring’ beliau ketika kecil.
View this post on InstagramA post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on
Perkara itu terus mendapat perhatian PETA yang mendapat tahu akan video Khabib bergusti dengan beruang.
Menurut PETA, tindakan Khabib itu adalah tidak berperikemanusiaan kepada binatang. PETA juga menganggap Khabib sebagai jijik kerana bergusti dengan beruang, dan bukannya dengan lawan yang rela.
Lantas PETA meminta Khabib hanya bergusti dengan lawan yang sanggup dan memberikan persetujuan sahaja, bukannya dengan beruang.
PETA juga menuduh Khabib sebagai mempromosi kekejaman ke atas binatang dan meminta UFC mengambil tindakan.
PETA berharap UFC mengkaji semula status Khabib sebagai juara dunia, sehigga petempur UFC itu mengubah sikapnya, serta melayan haiwan dengan lebih rasa hormat.
Video Khabib Nurmagomedov bergusti dengan beruang itu sudah lama tersebar. Ketika video itu dirakam, Khabib baru berusia 8 tahun. Ketika video itu dirakam ianya tahun 1997.
Video tersebut kerap dikongsikan untuk menunjukkan kehebatan Khabib sejak kecil lagi. Namun begitu, pihak PETA nampaknya tidak gembira dan meminta Khabib untuk hanya bertarung dengan manusia sahaja.
Pengarah PETA cawangan UK, Elisa Allen memberitahu Business Insider: “Bergusti dengan beruang adalah kelakuan jijik dan menunjukkan sikap tiada hormat dan timbang rasa kepada binatang.”
PETA outraged by Khabib Nurmagomedov wrestling bears, calls on UFC to act https://t.co/spbbH6y6yc
— MMA Junkie (@MMAjunkie) September 18, 2019
“Di alam semulajadi, beruang-beruang ini mengembara merentasi wilayah yang luas, mencari makanan, berenang, menggali tanah, memanjat pokok, mencari pasangan dan menunjukkan tingkah laku yang penting kepada alam semula jadi.”
“Namun ada beberapa beruang yang malang di Rusia digunakan untuk bertinju, menari, dan untuk hiburan kuno yang lain. Biasanya beruang-beruang ini dipisahkan daripada ibu mereka sebagai anak, dirantai, diikat, dimalukan, dipukul dan dirampas semua perkara yang bermakna untuk mereka.”
“PETA menggesa Encik Nurmagomedov untuk terus hanya bergusti dengan lawan manusia yang sanggup.”
Ayah kepada Khabib sebelum ini pernah menyatakan bahawa, Khabib dan beruang itu hanyalah bermain bersama-sama.
Namun ketika itu keadaan berubah apabila Khabib dan beruang itu bergusti, dan secara tak langsung itu telah menguji karakter Khabib ketika kecil.
Walaubagaimanapun, ayahnya menyatakan Khabib dan beruang itu hanyalah bermain-main kerana mereka rapat dan mesra dengan satu sama lain. Jauh sekali ada unsur penganiayaan berlaku.
Tetapi PETA pula mahukan tali pinggang kejuaraan Khabib dilucutkan.
PETA mahu perkataan pets tidak digunakan lagi
Terbaru PETA meletus lagi. Kali ini mereka mahu manusia tidak sesekali menggunakan perkataan pets ataupun haiwan peliharaan. Ini kerana ia satu terma penghinaan kepada haiwan seperti kucing dan anjing yang kerap dibela di rumah.
Should we stop calling animals 'pets'?
The President of PETA Ingrid Newkirk has called on animal owners to stop using the word claiming it's a derogatory and patronising term comparable to the treatment of women before feminism. pic.twitter.com/HrAfh7IIMc
— Good Morning Britain (@GMB) February 3, 2020
Ingrid Newkirk, 70, co-founder People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) dengan felo seperjuangan beliau, Alex Pacheco, menyatakan, memanggil haiwan dengan perkataan ‘pets’ ibarat memanggil wanita dengan perkataan ‘sweetie’ atau ‘honey’. Ianya biadap, serta merendah-rendahkan martabat haiwan tersebut.
Beliau berkata kepada metro: “Haiwan ni bukannya pets kamu. Mereka bukan loceng keselamatan murah kamu ataupun hamba peneman kamu berjalan waktu petang di taman.”
“Mereka bukan perhiasan, ataupun permainan. Malah mereka adalah makhluk hidup seperti kita semua.”
PETA mahu haiwan mendapat hak untuk dihormati, yang sama rata dengan manusia. Jadikan gunakan perkataan seperti peneman ataupun penjaga.
“Anjing ada perasaan, mereka adalah individu macam manusia, ada emosi dan keinginan. Mereka bukan sesuatu yang menjadi milik kamu secara mutlak.”
PETA sudah memberitahu bahawa mereka mahu kerajaan di setiap negara mendengar permintaan mereka agar mengambil tindakan tegas kepada mereka yang ada memelihara (boleh pakai ke perkataan ni), haiwan seperti anjing misalnya, agar tidak disuruh berada di rumah kecil di luar rumah.
Jadi, anjing itu perlu dibawa tinggal sekali di dalam rumah. Ini boleh menjatuhkan air muka anjing tersebut yang dilihat tidak diperlukan dan menjadi hamba sebagai pengawal keselamatan semata mata.
Begitu juga dengan kucing. Harus disediakan tempat tinggal selesa di dalam rumah tuannya.