Selepas Young, Giliran Eriksen Pula Ke Inter

Ejen kepada Christian Eriksen dilaporkan baru sahaja berjumpa dengan CEO Inter Milan iaitu Guiseppe Marotta.

Pemain tengah Tottenham Hotspur itu dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan sejak beberapa bulan lalu.

Hari ini, Inter Milan sudah mendapatkan Ashley Young dari Manchester United jangan harga perpindahan sekitar £1.3 juta.

pemergian ahli yang ke intermilan itu sudah disahkan sendiri oleh oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Jawatan kosong pasukan di Manchester United akan diberikan kepada Harry Maguire.

Inter Milan Mahu Eriksen

Perpindahan Ashley Young tidak menghalang Inter Milan untuk terus mendapatkan seorang lagi pemain dari Liga Perdana Inggeris.

Christian Eriksen musim lalu dikaitkan dengan pasukan seperti Real Madrid that Manchester United. Namun Real Madrid musim ini dilihat sudah membentuk pasukan yang stabil dan tidak memerlukan Christian Eriksen.

Manchester United pula tidak ada tanda-tanda mereka mahu mendapatkan pemain ini dalam jendela perpindahan kali. sebaliknya pasukan berpangkalan di Manchester itu menumpukan usaha untuk mendapatkan Bruno Fernandes.

Christian Eriksen pada akhir musim lalu sedang mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Spurs dan boleh membayangkan akan pergi ke kelab lain untuk mencari cabaran baharu.

Eriksen Memang Dah Nak Pergi

Pengurus Tottenham Hotspur ketika itu iaitu Mauricio Pochettino sudah meminta dan Daniel Levy untuk menjual Christian Eriksen.

Namun malangnya Daniel Levy masih percaya Christian Eriksen akan tertarik untuk kekal di Spurs walaupun pemain itu sudah memberitahu beliau tidak akan melanjutkan kontrak.

Dan kini, Christian Eriksen mahu menggunakan perpindahan kali ini untuk berpindah. Jika Tottenham Hotspur tidak menjual beliau pada kali ini pemain itu akan pergi secara percuma pada jendela perpindahan akan datang.

Pilihan yang terbaik untuk Christian Eriksen ini adalah menyertai Inter Milan.

Jose Mourinho beberapa hari lalu sudah memberikan isyarat bahawa Eriksen bakal dilepaskan pada Januari ini jika ada kelab yang mahukan pemain itu dan pemain itu nak pergi ke sana.

Antonio Conte mahu menambah sumber kreativiti di bahagian tengah mereka.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa ejen kepada Christian Eriksen, Martin Shoots, sudah bercakap dengan CEO Inter, Marotta untuk perpindahan Christian Eriksen.

Perpindahan ini dijangka hati akan diselesaikan pada esok.

Selain Eriksen, Inter Milan turut dikaitkan dengan Olivier Giroud. Namun belum ada kemaskini terbaru tentang perbincangan di antara mereka.

Conte Shopping Sakan Di England

Jika perpindahan Christian Eriksen ini menjadi kenyataan beliau akan menjadi pemain keempat dari Liga Perdana Inggeris yang dibawa oleh Antonio conte ke Inter Milan.

Tiga daripada perpindahan tersebut adalah melibatkan pemain Manchester United.

Satu daripadanya adalah secara pinjaman iaitu Alexis Sanchez. Namun dilaporkan tiada kuasa penembusan pembelian tetap dimasukkan di dalam kontrak Alexis Sanchez.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari