Brentford menjadi kelab pertama di England dengan terbuka mengumumkan bahawa para pemain mereka tidak akan lagi berlutut sebelum sepak mula perlawanan.
Brentford mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan tentang perkara tersebut.
Pasukan di liga England termasuk pasukan liga utama dan liga bawahan sebelum ini diwajibkan untuk berlutut sebelum sepak mula sebagai sokongan kepada gerakan Black Lives Matter.
Brentford mengambil tindakan berani itu selepas Wilfried Zaha sebelum ini melabel perbuatan berlutut itu seolah olah menjatuhkan air muka pemain.
Zaha menegaskan tindakan itu seolah olah menjual harga diri. Di mana seorang pemain kulit hitam harus berlutut merayu orang menghormati mereka.
Sedangkan banyak lagi cara lain lebih baik daripada tindakan yang menurutnya tak ubah seperti hanya gimik.
Zaha: “Bikin malu pemain je”
Zaha berkata dalam podcast On The Judy: “Dia berlutut – dan mengapa saya mesti berlutut agar anda menunjukkan bahawa kami penting?”
“Mengapa saya mesti memakai Black Lives Matter di bahagian belakang baju saya, adakah untuk menunjukkan bahawa kami penting? Ini semua perkara yang menjatuhkan maruah pemain.”
“Saya tidak melakukannya [berlutut] lagi, kecuali jika ia benar benar dapat mengubah keadaan.”
“Wilfried Zaha believes it is 'degrading' that players have to take a knee before matches and called for proper action to tackle the racism.”
He’s right. Virtue signalling may make you feel better, but it does F all to deal with the actual problem. https://t.co/cdzGCRuXhB
— Laurence Fox (@LozzaFox) February 13, 2021
Brentford tamatkan SOP berlutut
Brentford kemudian tampil dengan kenyataan mereka bahawa, keputusan sebulat suara dicapai dengan semua pemain mereka selepas satu perbincangan.
Menurut Brentford, mereka sudah lama menyemai budaya anti perkauman di dalam kelab mereka. Dan banyak cara lain lebih efektif berbanding dengan berlutut sebelum perlawanan.
“Sebagai satu kumpulan pemain, kami telah memutuskan bahawa kami tidak akan lagi berlutut sebelum memulakan perlawanan.”
“Ini akan kami lakukan bermula pada aksi menentang Barnsley pada Ahad 14 Februari ini.”
“Keputusan bersama ini dicapai selepas perbincangan panjang sebagai satu kumpulan. Kami sudah berlutut sebelum perlawanan sejak Jun tahun lalu, seperti pemain dan kelab lain, dan kami sudah tidak percaya lagi dengan impak daripada semua ini.”
“Kami percaya kita boleh gunakan masa dan kudrat kita untuk mempromosi kesamarataan kaum dengan cara lain.”
“Sebagai satu pasukan, kami berdiri teguh dan bangga dengan usaha kelab Brentford untuk menjadi kelab paling inklusif di dalam negara ini dalam memacu kelab ke arah kesamarataan di bawah banner #BeeTogether.”
“Kami juga pernah menerima ejekan rasis sebelum ini, dan melihat beberapa komen yang dibuat kepada pemain pada masa lalu dan sekarang.”
“Jelas sekali kita harus meneruskan usaha ini untuk menamatkan semua jenis diskriminasi, ia menjadi sebahagian daripada Brenford FC, dalam bola sepak secara umumnya dan dalam komuniti lebih luas.”
“Kebersamaan adalah salah satu nilai kunci kami sebagai sebuah kumpulan dan bermain memainkan peranan penting dalam membantu kita mencapai matlamat.”
“Rasisme sangat bertentangan dengan pendirian kami. Sebagai pemain, kami akan menunjukkan komitmen kami bersama sama, dan memperjuangkan kesamarataan kaum di dalam dan luar padang, dari sekarang sehingga akhir musim ini, dan selebihnya.”
“Kami juga akan menyokong rakan seperjuangan kami di kelab lain yang masih memilih untuk berlutut sebelum sepak mula.”
A statement from the #BrentfordFC dressing room
Full statement 👉 https://t.co/yyF37QU4ee pic.twitter.com/HQqPUDwVT8
— Brentford FC (@BrentfordFC) February 13, 2021
Walaupun ada yang tidak setuju, namun ramai juga yang menyokong tindakan Brentford dan menjangkakan akan lebih banyak kelab mengambil tindakan yang sama.