Seludup Drama Squid Game Guna Pendrive, Pelajar Korea Utara Dihukum Mati, Gurunya Dibuang Kerja

Kita semua tahu bagaimana pentadbiran Kim Jong Un di Korea Utara memang tak main main dalam penguatkuasaan undang undang.

Dan mereka telah mengambil kira beberapa perkara yang sangat dianggap remeh di kebanyakan negara dengan sangat serius.

Seorang lelaki di negara itu dijatuhi hukuman mati kerana membawa balik salinan siri Squid Game keluaran Netflix ke negara itu.

Penyeludup adalah pelajar yang pergi ke China dan membawa salinan digital drama Korea yang terkenal pada pemacu kilat USB.

Bagaimanapun, selepas menjual salinan kepada beberapa orang termasuk rakan pelajar, dia terperangkap dengan penyiasat khas kerajaan yang sangat mahir dan berkebolehan tinggi dalam kerja siasat menyiasat.

Kantoi dengan 109 Sangmu

109 Sangmu, perkhidmatan pengintipan dan penyiasatan sulit kerajaan, menangkap pelajar itu selepas didakwa menerima maklumat daripada sumber yang tidak dikenali.

Pelajar tersebut tidak sedar bahawa hari itu dia sebenarnya diperangkap oleh spy khas negara mereka.

Difahamkan pelajar itu kini akan dijathui dihukum mati oleh skuad penembak. Agak ironi kerana hukuman yang sama digunakan ke atas mana-mana watak dalam siri Squid Game yang gagal dalam permainan.

Di Korea Utara, hukuman mati biasanya dilakukan dengan skuad penembak ataupun mengurung pesalah dengan anjing liar yang ganas yang akan merobek mereka sehingga mati.

Pelajar lain yang membeli salinan menonton siri itu juga telah dijatuhi hukuman berat.

Menurut Radio Free Asia, seorang pelajar yang membeli salinan drive itu telah menerima hukuman penjara seumur hidup, manakala enam lagi yang menonton rancangan itu telah dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun.

Guru besar sekolah, guru murid dan pentadbir sekolah kepada pelajar pelajar ini kesemuanya dihukum kerana gagal dalam tugasan mereka dalam mendidik anak murid mereka.

Cikgu cikgu dan pegawai pegawai ini bukan sahaja kehilangan pekerjaan, tetapi menurut sumber yang bercakap kepada Radio Free Asia: “mereka juga dipecat daripada parti”.

Dan disahkan bahawa mereka akan dihantar bekerja di lombong arang batu atau dibuang ke kawasan luar bandar di negara tersebut.

Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu penerbitan itu, ‘Ini semua bermula minggu lalu apabila seorang pelajar sekolah menengah secara rahsia membeli pemacu kilat USB yang mengandungi drama Korea Selatan Squid Game dan menontonnya bersama salah seorang kawan baiknya di dalam kelas.’

Menurut sumber itu, undang-undang baharu Korea Utara mengenai ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reaksioner’ telah membawa kepada tindakan dianggap sangat keras.

Kim Jong Un sangat kecewa dengan generasi baharu Korea Utara yang semakin ramai memandang ke Korea Utara dari pelbagai aspek.

Undang-undang anti reaksioner itu membawa hukuman maksimum iaitu hukuman mati kerana menonton, menyimpan atau mengedar media dari negara kapitalis, terutamanya dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Walaupun pada era digital, Korea Utara kesulitan untuk mengekang bahan bahan dari luar negara ini daripada ditonton di negara mereka.

Walaubagaimanapun, akta ini telah digunakan untuk kanak-kanak bawah umur buat kali pertama.

Kim Jong Un sebelum ini sudah menyatakan pendiriannya tentang Squid Game. Di mana pemimpin yang digelar pemimpin agung / supreme leader itu melabel Squid Game adalah cerminan kerosakan sosial rakyat Korea Selatan yang kuat berhutang dan rosak kerana kapitalisme.

Kerajaan Korea Utara juga berpendapat bahawa Korea Selatan berdepan dengan masalah jurang kekayaan yang sangat tiggi. Di mana orang kaya melayan orang susah seperti bidak catur.

Oleh sebab itu Korea Utara memperkasakan semula kempen anti sosialis di negara mereka.

Squid Game adalah siri televisyen drama survival Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Hwang Dong-hyuk untuk servis penstriman Netflix.

Siri sembilan episod tersebut, yang dibintangi oleh Lee Jung-jae, Park Hae-soo dan Wi Ha-joon, menceritakan kisah sekumpulan orang yang mempertaruhkan nyawa mereka dalam permainan kelangsungan hidup misteri dengan hadiah ₩45.6 bilion.

Ia dilancarkan dalam platforn Netflix ke seluruh dunia pada 17 September 2021.

Mengisahkan seramai 456 orang yang kesemuanya berdepan masalah kewangan meruncing dalam hidup, ditawarkan bermain dalam sebuah pertandingan yang penuh misteri terdiri dari pusingan permainan kanak-kanak tradisional tetapi dengan penuh risiko berbahaya.

Mereka perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk bersaing untuk mendapatkan hadiah ₩45.6 bilion, yang hanya akan dimenangi oleh seorang pemenang.

Squid Game ketika ini menjadi drama paling berjaya di Netflix.

Baca yang lain