Semakin Ramai Pemain Dwinegara Mahu Ikut Jejak Gouriri, Tolak Mewakili Perancis

Tindakan radikal diambil oleh FFF atau FA Perancis dalam menghalang pemain muslim daripada berpuasa pada bulan ramadan telah menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemain beragama Islam.

Sebelum ini Ligue 1 turut melarang pengadil daripada menghentikan perlawanan seketika hanya untuk memberikan laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa secara ringkas di padang.

Kemudian di kem Perancis, pemain remaja B-19 mereka, Mahamadou Diawara dikatakan kecewa dengan tindakan FA Perancis yang mengenakan larangan puasa untuk pemain B-19.

Polisi itu sebelum ini hanya diamalkan di peringkat B-16. Namun kini FFF mengumumkan bahawa kesemua peringkat pasukan kebangsaan Perancis, pemain muslim dilarang berpuasa pada bulan ramadan.

Difahamkan semua ketua jurulatih di kesemua peringkat umur bermula dari peringkat B-16 sehingga ke peringkat senior sudah memaklumkan kepada pemain tentang perkara itu.

Pegawai FFF menyatakan bahawa ada segelintir pemain yang tidak gembira dengan keputusan tersebut. Sumber itu memberitahu ESPN: “Pemain pemain ini merasakan bahawa mereka dan agama mereka tidak dihormati.

“Ada pemain yang berdiam sahaja, namu Mahamadou pula menunjukkan ketidakpuasan hatinya dan angkat kaki terus.”

Zach Lowy melaporkan pemain yang ada dua kerakyatan seperti Amine Gouiri antara pemain yang telah pun memutuskan untuk menukar status negara diwakilinya.

Pemain itu sebelum ini memilih Algeria sebagai pasukan kebangsaannya. Tindakan Amine Gouiri itu dikatakan ada kaitan dengan ketidakpuasan hati beliau ke atas layanan buruk FFF kepada pemain muslim.

Gouriri bermain mewakili Perancis sejak peringkat B-16 lagi sehingga ke B-21. Dia menjadi pemenang kasut emas dalam Euro B-17 ketika mewakili Perancis di edisi 2017. Dianggap sebagai bakat muda luar biasa.

Dia malah pernah dikaitkan dengan Liverpool. Malangnya kecederaan yang melanda membuatkan Liverpool melonggarkan usaha mendapatkan beliau.

Gouriri mewakili Perancis dalam Euro B-21 pada 2023 yang lalu. Dan dia memutuskan untuk tidak mewakili Perancis.

Menurut Zac Lowy semakin ramai pemain dwi negara yang mahu mengikut jejak langkah Gouriri setelah layanan yang tidak memuaskan diberikan FFF kepada mereka. Gouriri antara pemain yang tidak selesa dengan larangan berpuasa dikenakan FFF kepada pemain remaja sebelum ini.

Keadaan ini kurang disenangi FFF yang menganggap bahawa akademi dan sistem pembangunan di negara mereka telah banyak membantu pemain muda berbakat ini untuk menjadi pemain profesional.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di