The Athletics melaporkan bahawa, kini semakin ramai pengerusi kelab yang mahu musim Liga Perdana Inggeris musim ini dibatalkan kerana koronavirus.
Jika keadaan ini berlaku, bermakna Liverpool tidak akan menjadi juara liga. Perkara itu sudah disebut oleh Presiden UEFA sebelum ini, Alaksander Ceferin.
Sebelum ini ramai pengerusi mengundi musim ini diteruskan dan tidak dibatalkan. Namun situasi semasa sudah berubah.
David Ornstein dari Athletic melaporkan semakin ramai yang meminta musim ini dibatalkan sahaja dan dikira null and void.
Namun beliau tidak menamakan pengerusi dan kelab tersebut di dalam laporannya.
Ornstein hanya menulis, pengerusi-pengerusi ini tidak mahu didedahkan nama ini buat masa ini.
A Premier League chairman tells @David_Ornstein that he thinks the season should be abandoned on moral grounds. (Personal thought: where would that leave thousands of workers whose incomes rely on matches being played?) https://t.co/59m3d8GVyW
— Simon Hughes (@Simon_Hughes__) March 27, 2020
Pembatalan musim ini bermakna EPL akan terpaksa membayar ganti rugi sekitar £750 hanya untuk penyiaran sahaja.
Namun mereka merasakan musim ini patut dibatalkan kerana mengambil kira isu pandemik yang sedang melanda dunia pada ketika ini, dan di UK, wabak koronavirus semakin meningkat.
Perkara itu sebelum ini pernah dicetuskan oleh Naib Pengerusi West Ham United, Karen Brady, di mana beliau meminta musim ini dibatalkan.
Namun sebelum ini, majoriti pengerusi yang lain menentang cadangan itu.
Mereka menganggap Brady sebagai cuba untuk menyelamatkan kelabnya sendiri daripada penyingkiran.
West Ham United hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan daripada zon penyingkiran.
Ada beberapa kelab besar masih berebut untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.
Sheffield United turut membantah cadangan ini kerana mereka merasakan ada peluang untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.
Wayne Rooney dalam tulisannya baru baru ini merasakan, pembatalan liga bukan masalah untuk Liverpool menjadi juara.
Kerana menurut beliau, kedudukan semasa jurang mata Liverpool melayakkan mereka disahkan menjadi juara.
Namun masalah terbesar untuk EPL sekarang ini adalah untuk menentukan tempat ke Eropah dan juga penyingkiran.
Ada cadangan yang mahukan musim ini dipendekkan dengan tiada penyingkiran. Namun ditambah dengan 2 pasukan teratas daripada Liga Championship.
Ini bermakna EPL akan ada 22 pasukan musim hadapan yang akan bersaing.
Pada ketika ini EPL masih lagi digantung sementara kerana wabak covid-19 yang melanda Eropah dan sudah masuk ke UK.
Pada awalnya liga hanya digantung sehingga 31 Mac 2020. Namun keadaan meruncing membuatkan liga terpaksa ditunda sekali lagi ke sekurang-kurangnya 30 April 2020.
UEFA sudah menyatakan meminta agar kesemua liga di Eropah mencari cara untuk menamatkan musim mereka pada musim ini.
Ceferin menegaskan, pembatalan musim bukan perkara yang berada di dalam perhatian mereka pada ketika ini walaupun kejohanan EURO 2020 terpaksa dianjakkan ke tahun hadapan.
Apa yang pasti liga musim ini pasti akan ditamatkan lebih lewat daripada sepatutnya selepas bersambung semula kelak.
Buat masa ini fokus adalah untuk berganding bahu agar dunia keluar segera daripada belenggu wabak koronavirus ini.