Dalam beberapa hari ini anda mungkin melihat sekumpulan rakan korang yang menunjukkan kotak Playstation 5 ‘baru’ mereka di Instagram.
Dan sebenarnya ia adalah filter daripada Instagram.
Sekarang jangan tertipu buat kali kedua pula. Kerana terbaru ada yang menggunakan filter untuk kotak iPhone 12.
Berikut adalah cara korang untuk mendapatkan Filter iPhone 12 AR korang sendiri di Instagram.
Korang buka ‘Your Story’ pada IG korang dan browse untuk cari Filter lalu taip iPhone 12 / IP12 di situ.
Dan ada beberapa pilihan filter untuk korang pilih. Macam biasa, letakkan di mana tempat korang suka dan kongsikan di laman IG atau ke laman media sosial yang lain.
Jadi, mungkin ini masanya korang nak balas dendam selepas tertipu semalam dengan kawan korang kan?
Kawan post gambar Kotak PS5 sebenarnya itu Filter IG!
Dalam beberapa hari ini media sosial dimeriahkan dengan post kawan kawan korang yang berkongsi gambar kota PlayStation 5 di rumah mereka.
Walaupun konsol permainan generasi terbaru hanya akan dikeluarkan pada 12 November 2020. Lalu, bagaimana mereka memilikinya lebih awal?
Rupa-rupanya, ia adalah filter dari Instagram Stories yang disebut PS5 Box.
Filter IG Stories ini menggunakan teknologi augmented reality (AR) yang dapat memaparkan kotak PS5 yang macam asli dan korang boleh ejas letak di mana mana.
Kesannya, pengikut anda di Instagram dan media sosial yang lain akan tertipu ingatkan korang sudah membeli PS5 terlebih dahulu.
Guess u r not the only person in Asia who owns the all new PS5 now🤪 @JJ_Lin
.
.
.
.
Lol instagram’s filter is way too real pic.twitter.com/hBhwXkdoKs— Alicia Simon (@alicia_simonnn) November 3, 2020
Walaupun gambar AR kotak pembungkusan PS5 kelihatan serupa dengan yang asli, jika anda melihatnya dengan lebih dekat dan lebih terperinci, warna dan ukurannya adalah tak logik.
Ada yang terlalu besar dan ada yang terlalu kecil. Tapi ye la, ramai yang tak terperinci sangat kan dalam bermedia sosial.
View this post on InstagramThank you @tlyap for the early Xmas gift..
A post shared by Andrew Chan Lek Ka (@andrewchan90) on
Bagi anda yang ingin kelihatan seperti anda mempunyai PS5 di IG Stories dengan filter unik ini, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah.
- Buka aplikasi Instagram, kemudian tekan tab “Your Story”.
- Pilih filfter dan browse effect
- Lepas tu taip “PS5 BOX ” dalam carian filter korang
- Kemudian, ejas la mana mana tempat dan saiz korang nak dan ambil gambar
- Kirim dan kongsi
Jadi selamat mencuba. Boleh try letak gambar sebesar gajah ni depan rumah korang: