Semalam Tawaran €200 Juta Diterima PSG, Hari Ini Al Hilal Naikkan Tawaran Menjadi €300 Juta Nak Beli Mbappe

Semalam Al Hilal menawarkan harga €200 juta kepada PSG untuk membeli Kylian Mbappe. Sesuai dengan tanda harga diletakkan PSG.

Namun PSG gagal mendapatkan respon daripada pemain tersebut.

Al Hilal malah menawarkan kontrak €400 juta kepada Mbappe untuk dua musim.

Hanya dalam 24 jam, selepas PSG setuju tawaran €200 juta, Al Hilal menaikkan lagi tawaran itu €100 juta lagi kepada €300 juta.

Ianya adalah rekod dunia untuk perpindahan pemain mengatasi €212 juta yang dibayar oleh PSG kepada Barcelona ketika membeli Neymar.

Memang agak rare, kerana biasanya kelab akan cuba menawar harga lebih rendah. Ini pula lain macam, selepas PSG setuju dengan €200 juta, Al Hilal pula naikkan lagi tawaran mereka.

Ye, belum sempat lagi PSG mengambil proses seterusnya dalam mengendalikan tawaran €200 juta itu.

Sebelum ini PSG meminta Real Madrid membayar €200 juta jika mahukan Mbappe. Namun tidak diendahkan kelab itu.

Sekarang ini Al Hilal sudah menawarkan angkat €200 juta dan €300 juta dalam masa dua hari berturut turut.

PSG pun sekali lagi setuju dengan tawaran itu. Tetapi masalah ketika ini, PSG masih belum mendapat lampu hijau daripada Mbappe.

PSG sebelum ini berharap Mbappe menerima ketika kelab menjualnya selepas dia tak mahu melanjutkan kontraknya.

Tetapi Mbappe kelihatan lebih selesa untuk terus kekal di PSG semusim lagi dan pergi sebagai ejen bebas. Ini membuatkan PSG mengesyaki bahawa Mbappe sudah mencapai kesepakatan verbal dengan Real Madrid di belakang mereka.

Al Hilal sebelum ini pernah menawarkan kontrak €300 juta semusim kepada Lionel Messi. Kini mereka menawarkan €400 juta untuk dua musim kepada Mbappe.

Lebih menarik, Al Hilal dilaporkan sedia untuk menawarkan kontrak semusim sahaja kepada Mbappe. Di mana pemain itu boleh pergi secara percuma musim hadapan. Lebih lebih lagi jika dia mahu menyertai Real Madrid secara percuma.

Setakat ini tiada kelab sanggup menawarkan kontrak jangka pendek untuk pemain yang dibeli dengan harga ratusan juta euro.

PSG sudah mengeluarkan arahan agar Mbappe dibekukan daripada tugasan pasukan termasuk ketika pra musim jelajah Asia di Jepun.

PSG turut mengarahkan Luis Enrique untuk menyimpan sahaja Mbappe di recaro seat sepanjang musim 2023/24 jika dia mahu kekal semusim lagi dan pergi secara percuma musim hadapan.

Kini PSG bergantung kepada pendirian Mbappe sama ada pemain itu menerima perpindahan ke Al Hilal atau tidak.

Keputusan PSG untuk membekukan Mbappe tidak disenangi Persatuan pemain Profesional Perancis. Mereka menganggap ia satu penindasan dan mahu menyaman PSG.

Baca yang lain