Sembang Stats: Adakah Ifwat Mampu Kembali Sebelum Kontraknya Tamat

Pada usia 20 tahun Kedah mengangkat bakat Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim ke pentas tertinggi saingan bola sepak Malaysia.

Ifwat membuat debut pada perlawanan ke-14 Liga Super musim 2016 dan membantu Kedah menewaskan T-Team 1-0 di laman sendiri.

Sebelum itu Farhan Abu Bakar mengalami kemeruduman prestasi yang agak teruk dan sering melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Kedah hanya merekod 4 kemenangan dari 13 perlawanan yang dilaluinya.

Walaupun selepas itu Farhan diberi peluang selama 2 musim lagi, namun prestasinya tidak pernah lagi meningkat namanya terus tenggelam.

Dia akhirnya dipinjamkan ke Petaling Jaya Rangers, Selangor II dan kini bersama Sarawak United. Dalam pada itu era Ifwat bersama Kedah pun bermula.

Ifwat menjadi pilihan utama selama 4 musim pada usia 20, 21, 22 dan 23. Satu pencapaian luarbiasa bagi pemain berusia seperti itu.

Ifwat merasai semua saingan tertinggi seperti mencabar kejuaraan liga, pentas akhir Piala Malaysia dan Piala FA. Ifwat menjadi senior walaupun umurnya masih junior. Masa depan Ifwat dilihat sangat cerah.

Namun satu masalah yang tidak pernah diselesaikan oleh pemain ini adalah tentang hal berat badan ideal yang diperlukan oleh pemain profesional.

Pada musim ini ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharil mengeluarkan kenyataan bahawa jurulatih penjaga gol, Khairul Azman Mohamed akan mengambil serius tentang isu berat badan penjaga gol pasukannya.

“Perkara paling penting adalah saya dapat melihat kesemua tiga penjaga gol saya amat profesional. Apa yang jurulatih Khairul Azman mahukan, tidak kira apa, mereka perlu menurutinya,” kata Aidil Sharin kepada Nadi Arena pada disember 2020.

“Dia bos di bahagian penjaga gol, jadi perkara utama adalah mereka perlu bekerjasama dan mencuba untuk mencapai sesuatu musim depan.”

Ifwat menjadi menjadi pilihan Aidil ketika Kedah membuka kempen liga bertemu JDT dalam perlawanan berstatus piala sumbangsih.

Ifwat hanya bertahan selama 50 minit sebelum mengalami kecederaan.

Tempatnya digantikan oleh Shahril Saari dan Ifwat tidak pernah kembali di atas padang walaupun berada dalam senarai simpanan 4 kali selepas itu.

Lebih menyukarkan Ifwat, Kedah mempunyai prestasi baik apabila melakar 8 kemenangan dalam 12 perlwananan yang dikemudikan Shahril.

“Persaingan itu saya lihat secara sihat kerana masing-masing pasti akan mendapat peluang dan semuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

“Sasaran saya adalah supaya peluang saya untuk kembali beraksi lebih cerah selepas liga bersambung kerana sudah lama saya terlepas perlawanan pada musim ini.

“Memandangkan Piala AFC belum bermula, jadi saya kena rebut peluang ini dengan segera supaya nanti perlawanan penting juga saya dapat diberi kepercayaan untuk diturunkan.

“Sekarang pun, saya sudah betul-betul pulih dan tiada masalah sekiranya untuk beraksi, jadi saya percaya peluang saya akan ada sebaik sahaja perlawanan kembali bersambung,” kata Ifwat yang dipetik dari laman Malaysia League Football

Statistik Ifwat di Liga

 

Statistik Ifwat di pertandingan Piala FA dan Piala Malaysia

Isu Ifwat mula hilang tempat sudah bermula pada musim lepas. Sejak perlawanan ke-7 musim 2020 Ifwat mengalami kecederaan dan Shahril mengambil kesempatan itu dan tampil dalam 5 perlawanan terakhir musim tersebut.

Terdapat persoalan timbul adakah kecederaan berulang Ifwat ada kaitan dengan berat badannya yang tidak ideal untuk melayangkan badan atau sebagainya?

Penjaga gol muda ini mempunyai baki kontrak sehingga akhir musim ini dan dia perlu mengelakan masalah kecederaan berulang untuk kali ke-3 dalam tempoh 2 tahun.

Sebarang kecederaan serius boleh menamatkan kariernya untuk terus kekal di pentas tertinggi.

Dalam pada masa yang sama Ifwat perlu bersaing merebut tempat selepas hampir 2 musim tersisih.

“Kontrak saya dengan Kedah sampai hujung tahun ini sahaja, sebab itu penting untuk saya membuktikan sesuatu kepada pasukan bahawa saya juga mampu.

“Tengok la nanti macam mana, saya kena buat yang terbaik dahulu untuk pasukan ini, selepas itu barulah saya akan fikirkan untuk musim depan bagaimana,” tambahnya.

Pada musim Kedah mempunyai musim yang baik walaupun hanya menghuni di tangga ke-3 liga selepas 13 peralawanan. Kedah mengalami 3 kekalahan dan semuanya ketika menentang pasukan besar.

Kalah 2 kali kepada gergasi bola sepak tanah air, JDT dan 1 kali di tangan Terengganu. Kedah kerugian mata ketika seri dengan Penang dan Perak yang pada ketika itu sudah bergelut dengan masalah kewangan.