Sementara Itu Di India Bersepah Lagu Koronavirus Termasuk Lagu Cinta

Ketika ini Koronavirus menyerang dunia dan mengakibatkan banyak kerugian serta korban.

Namun begitu India, industri muzik Bhojpuri telah menjadikannya bait lagu. Dan menjadikan peristiwa ini sebagai lubuk buat duit.

Malah lagu lagu itu laku keras dan mendapatkan sambutan.

Berbeza dengan industri lain yang mengalami kerugian. Misalnya industri penerbangan yang dikatakan menelan kerugian berbillion billion dollar.

Namun berbeza dengan industri muzik Bhojpuri yang menuai hasil dia cara mereka tersendiri.

Buat masa ini tak terkira banyaknya lagu Bhojpuri yang diilhamkan daripada Koronavirus termasuk lagu cinta dan nasihat.

Penyanyi Bhojpuri seperti Khesari Lal Yadav, Guddu Rangeela dan Pravin Uttam antara mereka yang telah menghasilkan lagu Koronavirus.

Antara tajuknya: ‘Cheen Se Aayil Coronavirus’, ‘Hello Kaun Coronavirus’, ‘Coronavirus Ba Choli Me.’

Sambutan ke atas lagu lagu ini sangat luar biasa. Ianya telah menjadi siulan ramai di India, dimainkan menerusi YouTube dan sebagainya.

Ada lagu lagu yang mengandungi lirik berkaitan dengan cara merawat dan juga cara mencegah Koronavirus daripada merebak.

Ada satu lagu pula, si lelaki mengajak aweknya pergi keluar dating. Nama perempuan itu menolaknya tidak mahu keluar rumah buat sementara ni.

ada lagi satu lagu yang mengapit khabar angin bahawa perempuan yang berpakaian seksi atau lebih mudah mendapat jangkitan coronavirus.

Walaupun ada beberapa lagu yang terselit dengan pengajaran dan mesej yang baik namun ada juga beberapa lagu yang dilihat berunsurkan fake news.

Misalnya ada lagu yang menyatakan beberapa cara merawat Koronavirus. Ini yang agak bahaya. Sebab buat masa ini organisasi kesihatan Sedunia (WHO) masih belum menemui vaksin kepada penyakit ini.