Seni Pengurusan Mourinho: Menyemai Mentaliti The Against Us

Mana mana pengurus ni ada taktikal dan strategi tersendiri di dalam pengurusan pasukan bola sepak mereka.

Ia sama seperti mencatur taktik perang. Ada sesetengah orang suka bermain dengan perang saraf. Ada yang lebih senang berdiam diri.

Namun Jose Mourinho ada satu pendekatan yang digelar They Against Us. Beliau akan cuba untuk mencipta satu mentaliti dalam diri pemain bahawa seluruh dunia kini sedang menentang mereka.

Apa sahaja keputusan daripada pengadil yang kurang berpihak akan dijadikan isu dan dianggap satu penentangan ke atas mereka.

Paling popular pastinya Mourinho vs Arsene Wenger dan Mourinho vs Alex Ferguson serta Mourinho ve Benitez.

Bukan sahaja pemain Chelsea yang naik semangat nak memastikan diri mereka tak akan kalah dalam perang: Kami menentang dunia, tetapi fans Chelsea juga akan terus bersama sama dengan pemain.

Namun bukan semua orang selesa dengan cara Mourinho ini. Ada pemain yang tak suka dengan cara beliau. Namun segalanya atas dasar profesional dan Mourinho menggunakan kuasa pengurus yang beliau ada.

Selepas Mourinho dipecat beliau digantikan dengan pengurus lain. Pengurus seperti Scolari dan juga Ancelotti menggunakan pendekatan berbeza.

Mereka menumpukan usaha untuk fokus kepada diri sendiri dan lebih terbuka dengan keputusan yang tidak memihak.

Bukan nak cakap Mourinho tak nak terima kekalahan, dia terima. Cuma dia saja je nak pastikan pemain ni benci kekalahan.

Sampaikan dia pernah tuduh Wenger specialist in failure Dan juga memperlekehkan Frank De Boer sebagai pengurus paling gagal dalam EPL kalah semua game, nak menasihatkan beliau.

Namun peminat Chelsea mulai merasakan cara Jose Mourinho itu menjadi backfired kepada dia sendiri. Ini kerana ada sesetengah respon beliau kepada pihak lawan agak melampau.

Dia pernah menuduh Spurs parking bas. Untuk pengetahuan korang itulah pertama kali fans di dunia ni kecoh dengan istilah parking bas.

Namun apabila beliau menggunakan sistem yang sama di Chelsea pada kepulangan keduanya, dia menyatakan itu sebahagian daripada taktik.

Ia telah menghantui beliau sampai ke hari ini. Sebab tu asal team Mourinho parking bas, orang akan cepat kecoh. Bukan sebab Man United, atau Chelsea tetapi sebab Jose Mourinho.

Pada kepulangan kedua beliau ke Chelsea, ledakan media sosial membuatkan beliau semakin sukar dengan cara tersebut. Ini ditambah dengan teknologi yang ada dalam bola sepak.

Beliau mulai sukar mengendalikan dressing room apabila pemain dalam modern football ni ramai berinteraksi di media sosial.

Di Manchester United beliau berjaya menyemai falsafah itu pada musim awal beliau di sana. Hasilnya sangat luar biasa.

Ini kerana falsafah itu membuatkan para pemain sangat bersungguh sungguh nak menang dan tak nak kalah. Apabila kalah Mourinho akan memetik kesalahan orang lain.

Cuma masalahnya di Man United beliau mulai ditentang oleh kem pemain yang berpengaruh. Dan para pemain ni tak suka dengan gaya ala trash talk.

Mourinho Kemudian mengkritik beberapa pemainnya sendiri kerana dia nak menyindir Ed Woodward yang tak mahu membelikan beliau pemain baharu.

Cara ini telah meretakkan jambatan perhubungan beliau dengan pemain. Sebab ada pemain terasa hati kecuali Fellaini. Haha.

Pogba dituduhnya virus yang membuatkan beberapa pemain lain dijangkitinya.

Mourinho memberikan Marcos Rojo makan pisang pada game yang masih berlangsung. Ramai anggap ia kerana Rojo memang perlukan pisang untuk tenaga.

Rupanya ia sindiran kepada pemilik dan Ed Woodward bahawa pemain United yang ada pada hari ini sangat kecil Squad Depth, Sehingga ada yang terpaksa bermain hampir dihidrasi.

Pada fada akhir di Man United, Mourinho tidak dapat menanam semangat dunia menentang kita. Kerana pemain di United yang tidak dapat menerima cara itu.

Malah ada pemain senior seperti Antonio Valencia tak sengaja terklik, (tak sengaja sangat) post menentang Mourinho. Nampak memang ramai dah menyampah dengan cara beliau.

Mourinho kemudian cuba menyingkirkan pemain yang ramai di United untuk membentuk pasukan yang beliau ada manager power kawal semula.

Penyokong United ada yang mulai bosan dengan gaya beliau yang lebih banyak mencari geruh. Sedangkan musuh utama mereka, pengurusnya sibuk mencari cara high line pressing.

Di Real Madrid beliau pernah singkirkan Ozil hanya kerana pemain itu kerap tak sehaluan dengannya.

Dan kini di Spurs, Kekalahan di tangan Chelsea, dah ada tanda tanda beliau mulai menyemai Mentaliti yang sama di kalangan para pemain.

Beliau mulai menyalahkan VAR, pengadil dan menyindir Rudiger dengan ucapan, semoga cepat sembuh daripada patah rusuk.

Komen sinikal kerana menurutnya apabila Son Heung Min kad merah bermakna kekasaran itu malicious.

Itulah Jose Mourinho.

namun sebalik apa yang dilakukan itu tanya semua kena faham ianya memang atas dasar profesional.

Jika anda ingat ketika beliau menjadi pengulas, sangat berbeza sisi yang ditunjukkan. Tanda beliau memang seorang guru yang bagus. Dan itulah sebabnya beliau menempah banyak kejayaan.

Siapa akan lupa apa yang beliau lakukan di Porto dan juga Inter Milan. Membawa pasukan yang dianggap bukan pilihan berjaya menjadi juara Eropah.

Baca yang lain