Hasrat Palestin untuk beraksi di Pestabola Merdeka 2023 mungkin terpaksa dilupakan. Kerana negara tersebut sedang bergolak. Jadi, salah satu pilihan yang mereka ada adalah terpaksa menarik diri.
Palestin sekali lagi dilanda konflik dengan Israel di Tebing Barat. Di mana rakyat mereka berdepan dengan beberapa siri serangan dari askar Israel.
Sektor sukan di negara itu antara yang terkesan termasuk bola sepak. FA Palestin mengumumkan bahawa West Bank Premier League dan juga Gaza League akan dihentikan seketika minggu ini. Kerana situasi yang kritikal di negara itu.
Seterusnya Palestine Football melaporkan bahawa penyertaan Palestin dalam Pestabola Merdeka berisiko tidak dapat dilakukan. Kerana semua sempadan dan lapangan terbang ditutup pada masa ini.
Pestabola Merdeka merupakan kejohanan jemputan yang berbantuk Tournament Friendly. Malaysia mahu menjadikan pertandingan itu sebagai medan menguji pasukan dan juga memilih muka baharu untuk Piala Asia akan datang.
Dipetik dari Football Palestine, laman Twitter itu berkata: “PFA telah pun mengumumkan bahawa kesemua aksi WBPL dan Liga Gaza tidak akan dilangsungkan minggu ini kerana keadaan yang memburuk dengan pantas.”
“Perlawanan persahabatan antarabangsa Palestine di Pestabola Merdeka juga kemungkinan akan terancam. Semua sempadan dan Lapangan Terbang Lod juga ditutup.”
The PFA has announced that all #WBPL🇵🇸 and Gaza League matches will not be played this week given the fast deteriorating situation on the ground.
Palestine’s friendly fixtures in the #MerdekaCup could be under threat too. All border crossings and Lod Airport are closed.
— Football Palestine (@FutbolPalestine) October 7, 2023