Sempat Tambah 2 Pemain Lagi, Forest Cipta Rekod 21 Pemain Baharu Direkrut Dalam 1 Jendela Perpindahan

Nottingham Forest telah melengkapkan penandatanganan ke-21 mereka pada jendela perpindahan musim panas selepas membawa masuk pemain pertahanan Loïc Badé dari Rennes.

Kelab Liga Perdana yang baru dinaikkan pangkat itu memecahkan rekod untuk jumlah pemain yang paling ramai dibawa masuk oleh satu kelab (20) dalam satu tingkap dengan menandatangani Josh Bowler dari Blackpool, yang kemudiannya mereka pinjamkan ke kelab Olympiakos.

Mereka kemudian dengan pantas menambah Badé ke dalam barisan mereka untuk menjadikan pemain itu sebagai pemain ke-21 direkrut mereka pada musim panas kali ini.

Pasukan bimbingan Steve Cooper telah membelanjakan lebih £138 juta atau kira kira 159.8 juta euro untuk mendapatlan pemain baharu dalam pasaran ini, lebih tinggi daripada kelab juara Eropah, Real Madrid juga gergasi Itali Juventus.

Forest telah membawa masuk penjaga gol Dean Henderson (pinjaman) dan Wayne Hennnessey, diikuti oleh pemain pertahanan Moussa Niakhaté dari Mainz, Giulian Bancone, Willy Boly dari Wolves, Harry Toffolo, Omar Richards, Neco Williams dari Liverpool dan Renan Lodi dari Atlético Madrid.

Pemain tengah Remo Freuler, Lewis O’Brien, Cheikhou Kouyaté, Orel Mangala dan Jesse Lingard turut menyertai kelab itu.

Sebelum ketibaan penyerang Emmanuel Dennis dari Watford, Ui-Jo Hwang dan Taiwo Awoinyi dari Union Berlin menambahkan opsyen di serangan mereka.

Perpindahan Morgan Gibbs-White dari Wolves adalah rekod pembelian kelab itu, tiba dengan bayaran pendahuluan £25m.

Dan pada hari terakhir jendela perpindahan mereka memulakan hari dengan rekod 19 pemain baharu. Kemudian menambah 2 lagi pemain untuk menjadikannya 21.

Ketika mereka mengumumkan Lodi, memang Cooper sudah memberitahu mereka masih mengintai khidmat 2 atau 3 pemain lagi. Dan ianya benar benar berlaku.

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang