Semua Krim Dan Suplemen Di Rumah Pogba Dianalisis

Paul Pogba dilaporkan sedang berjuang sedaya upaya menyelamatkan karier bola sepaknya daripada mati. Ini selepas dia gagal dalam satu lagi ujian lanjutan berkaitan dengan barang terlarang.

Beberapa bulan lalu Pogba gagal ujian doping rawak yang diadakan oleh Agensi Anti Dadah Itali. Dan beberapa hari lalu dia sekali lagi gagal dalam satu lagi ujian sampel kedua.

Kini pemain itu berdepan dengan hukuman berat termasuk digantung sehingga 4 tahun. Jika itu berlaku, Juventus pastinya akan menamatkan kontraknya dengan lebih awal.

Hal ini kerana Pogba dilaporkan mendapat barang terlarang dalam badannya ketika berada di luar pengawasan kelab. Dia ketika itu sedang bercuti. Dia disahkan tidak mendapatkan nasihat pakar pemakanan kelab ketika mengambil barang tersebut.

Dilaporkan Agensi Anti Dadah Itali sudah memeriksa kesemua krim dan supplement di rumahnya untuk dianalisis. Dengan Pogba benar benar terdesak mahu mempertahankan dirinya.

Ejen kepada Pogba, Rafaela Pimenta sudah berikrar bahawa mereka akan melawan sehabis daya perkara itu.

Juventus sebelum ini sudah bermesyuarat untuk mengambil langkah seterusnya. Antara opsyen yang dipertimbangkan adalah penamatan kontrak. Kerana kesalahan Pogba dianggap tidak profesional. Dia mengambil pemakanan atau ubatan tanpa mendapatkan nasihat pakar – selaku atlet profesional.

Jadi Juventus enggan menanggung kos untuk kesalahan yang dianggap atas kesilapan pemain itu sendiri. Kontrak semasa Pogba masih ada 2 musim lagi.