Senarai Atlet Lelaki Paling Masyuk Forbes: Federer Atasi Messi & Cristiano Ronaldo

Forbes telah menyenaraikan 20 atlet lelaki dengan pendapatan paling tinggi pada tahun ini. Ian

Roger Federer berjaya mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di dalam senarai kali ini.

Messi tahun lalu merupakan atlet lelaki yang memiliki pendapatan paling tinggi. Menyaksikan tahta itu menjadi milik legenda tenis dari Switzerland, Roger Federer.

Ronaldo berjaya naik satu anak tangga dan mengatasi pendapatan Lionel Messi pada tahun ini.

Sukan bola sepak terus menjadi sukan dominan untuk 5 teratas. Berbanding beberapa tahun lalu, NBA dan golf adalah penguasa di 5 teratas.

Tiga daripada senarai lima teratas adalah pemain bola sepak dengan Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar berada dalam top 5.

Ronaldo menjadi pemain bola sepak yang memiliki kuasa publisiti paling tinggi.

Sementara Lionel Messi memiliki pendapatan tertinggi di Eropah pada ketika ini, berada di tangga ketiga dalam senarai, di belakang Cristiano Ronaldo.

Messi masih berunding untuk kontrak baharu yang dijangka akan mendapat pendapatan yang lebih tinggi daripada yang beliau terima ketika ini.

Neymar berada di tangga keempat selepas mendapat kontrak lumayan dengan PSG. Namun beliau masih belum melanjutkan kontrak baharu dengan PSG.

Berikut adalah senarai 20 atlet lelaki yang paling masyuk untuk tahun ini.

Bagi sukan MMA, Conor McGregor masih menjadi penerima cek paling lumayan. Sementara King James masih menjadi penerima pendapatan tertinggi di lapangan bola keranjang.

Untuk sukan golf, Tiger Woods adalah atlet yang berpendapatan paling lumayan.

Lewis Hamilton dan Tyson Fury masing masing menjadi penerima cek paling tinggi dalam sukan permotoran dan tinju.

20 atlet lelaki dengan gaji tertinggi Forbes di dunia untuk 2020:

1. Roger Federer (Tenis) – $ 106.3 juta

2. Cristiano Ronaldo (Bola Sepak) – $ 105 juta

3. Lionel Messi (Bola Sepak) – $ 104 juta

4. Neymar (Bola Sepak) – $ 95.5 juta

5. LeBron James (Bola Keranjang) – $ 88.2 juta

6. Stephen Curry (Bola Keranjang) – $ 74.4 juta

7. Kevin Durant (Bola Keranjang) – $ 63.9 juta

8. Tiger Woods (Golf) – $ 62.3 juta

9. Kirk Cousins (bola sepak Amerika) – $ 60.5 juta

10. Carson Wentz (bola sepak Amerika) – $ 59.1 juta

11. Tyson Fury (Tinju) – $ 57 juta

11. Russell Westbrook (Bola Keranjang) – $ 57 juta

13. Lewis Hamilton (Permtoran) – $ 54 juta

14. Rory McIlroy (Golf) – $ 52 juta

15. Jared Goff (bola sepak Amerika) – $ 49 juta

16. Conor McGregor (MMA) – $ 48 juta

17. James Harden (Bola Keranjang) – $ 47.8 juta

18. Giannis Antetokounmpo (Bola Keranjang) – $ 47.6 juta

19. Anthony Joshua (Tinju) – $ 47 juta

20. Deontay Wilder (Tinju) – $ 46.5 juta