Gaji Pemain Liverpool Musim 2019/20, Paling Banyak Salah

Senarai gaji pemain pasukan kelab Liverpool bagi musim 2019/2020 sudah di keluarkan dan didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Liverpool kini pasukan yang boleh dikatakan paling berjaya di dunia nampak nya masih menjaga kebajikan pemain nya.

 

Walau nampak ada yang sepatutnya menerima gaji yang lebih namun kenaikkan itu harus lah berperingkat.

Liverpool berjaya menjuarai Fifa Club World Cup 2019 dan pemain yang beraksi sudah pasti mendapat imbalan nya.

Dengan status sebagai penakluk dari benua Eropah .Liverpool dengan penuh bergaya menewaskan pasukan benua lain untuk menjadi juara Cwc dan terbaik di dunia.

Tiada fakta atau bukti lain yang boleh digunakan oleh pembenci Liverpool untuk menyangkal kejayaan Liverpool ketika ini.

Mereka sudah membuktikan pada dunia bahawa mereka sang juara dunia.

Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, Jurgen Klopp telah menukar pasukan yang serba tidak lengkap kepada sang juara yang menakluki benua eropah dan juga dunia.

Jika berterusan begini tidak mustahil gelaran “invicible” dalam kancah kejuaran Epl mampu mereka dapat.

Permata Milik Pasukan

Hampir separuh pemain Liverpool mencapai tahap terbaik mereka selain baik untuk pencapaian pasukan ia nya juga baik untuk perniagaan.

Jadi untuk gaji yang lebih lumayan tidak menjadi masalah kerana pelaburan itu akan membuah kan hasil yang lebih lumayan kelak.

Selain pemain senior seperti Mo Salah, Van Dijk,Mane dan Firmino Liverpool turut mempunyai pemain muda yang sudah menunjukkan persembahan terbaik pada musim ini.

Pemain muda sangat berbakat seperti Trent Alexander Arnold adalah pemain yang paling menunjukkan peningkatan dan kematangan dalam corak permainan beliau pada musim ini.

Tidak mustahil Arnold boleh mendapat gaji yang lebih besar satu hari nanti atas persembahan yang telah beliau tunjukkan.

Liverpool mempunyai ramai lagi pemain yang boleh menjadi prospek masa hadapan seperti Elliot, Jones, William dan Loruchi.

Hebatnya percaturan Klopp beliau tidak melabur banyak untuk membentuk pasukan sehebat sekarang.

Beliau lebih banyak membeli pemain muda untuk di ketengahkan bakat mereka kemudian jual kepada pasukan besar.

Lihat saja siapa di belakang beliau. Michel Edward seorang yang sangat genius dalam urusan perbelanjaan pasukan.

Pasukan mana mana yang mengeluarkan kos gaji tertinggi?Dalam senarai gaji tahunan tertinggi yang dikeluarkan Liverpool berada ditangga ke-3 di belakang Manchester United dan Manchester City yang semua sedia maklum mereka memewahkan pemain mereka melebihi apa yang sepatutnya.

Manchester United membayar gaji £163.80 juta setahun kepada para pemain untuk tidak memenangi sebarang gelaran dalam tempoh 3 tahun ini.

Jiran mereka, Manchester City pula berada ditangga kedua dengan jumlah bayaran gaji keseluruhan £145.77 juta setahun. Sangat berjaya diperingkat domestik.

Liverpool ditempat ketiga dengan bayaran gaji tahunan secara keseluruhan £113.26 juta sahaja. Dan siapa penerima gaji paling tinggi?

1. Mohamed Salah – £200,000 seminggu

Mohamed Salah mendahului senarai pemain yang menerima gaji paling tinggi di Liverpool dengan gaji mingguan sebanyak £200,000 seminggu dan £10.4 juta setahun.

Satu pembelian paling berbaloi Liverpool dengan harga hanya £36 juta dari AS Roma dan menjadi mesin pencetak gol berprestasi tinggi.

Terbaru Salah telah menjaringkan gol pertamanya menentang pasukan Manchester United seterusnya membuatkan beliau pemain yang telah menjaringkan gol terhadap semua pasukan di dalam liga.

2. Roberto Firmino – £180,000 seminggu

Pemain Brazil yang terkenal dengan gol dan bantuan gol tanpa lihat ini berada di tempat kedua dengan gaji mingguan £180,000.

Untuk tempoh setahun Firmino menerima £9.36 juta.

3. Virgil van Dijk – £180,000 seminggu

Pemain petahanan terbaik dunia ketika ini yang membawa kestabilan yang nyata di bahagian pertahanan Liverpool dan seorang pemain yang boleh menjaringkan gol ketika menyerang.

Mangsa terbaru beliau adalah De Gea yang gagal menepis bola padu tandukan beliau.

Dengan kehadiran semula Gomez selepas kecederaan bahagian pertahanan Liverpool menjadi lebih mantap dan telah mendapat 7 perlawanan tanpa bolos berturut turut.

Untuk tempoh setahun Van dijk menerima £9.36 juta sama seperti Firmino.

4. Jordan Henderson – £140,000 seminggu

Ketua pasukan Liverpool sejak pemergian Steven Gerrard dan telah berjaya menggalas tugas sebagai ketua pasukan dengan baik. Beliau juga telah di anugerahkan sebagai pemain terbaik England untuk tahun ini.

 

 

Jordan Henderson menerima pendapatan sebanyak £140,000 seminggu dan £7.28 juta secara tahunan.

5. James Milner – £140,000 seminggu

Pemain veteran yang berusia 33 tahun dan baru sahaja menerima lanjutan kontrak untuk bersama Liverpool ini antara pemain paling cergas dan berprestasi tinggi.

James Milner pemain yang mempunyai tenaga tidak kehabisan menerima gaji mingguan £140,000 sahaja sama macam Henderson.

5. Sadio Mane – £100,000 seminggu

Mane telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang pada dua musim ini.

Beliau berjaya menjadi penjaring terbanyak musim lalu bersama Mo Salah dan Aubamayeng. Terbaru Mane telah memenangi gelaran pemain terbaik Afrika.

Dengan persembahan yang begitu bagus tidak mustahil untuk beliau mendapat gaji yang lebih di masa akan datang.

Mane menerima £5.2 juta setahun.

6. Fabinho Tavares £100,000 seminggu

Pemain tengah kelahiran Brazil ini menunjukkan aksi yang sangat cemerlang ketika bersama pasukan Liverpool.

Beliau mengawal bahagian tengah dengan cukup baik selain dari beliau juga boleh melakukan cubaan jarak jauh yang boleh menghasilkan jaringan.

Fabinho menerima £5.2 juta setahun.

7. Alisson Becker £90,000 seminggu

Seperti semua maklum Liverpool sememangnya mempunyai masalah pada bahagian penjaga gol sejak Karius gagal mendapat aksi terbaik nya.

kehadiran Alisson dalam pasukan sememangnya sangat membantu. Beliau juga telah mendapat pelbagai anugerah peribadi sejak menyertai Liverpool.

Menjadi benteng akhir pasukan yang sangat kebal beliau telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dunia.

Impian beliau jika menyertai Liverpool adalah untuk memenangi Epl juga nampak nya hampir menjadi kenyataan kini.

Alisson menerima £4.68 juta setahun.

Untuk senarai penuh gaji mingguan dan tahunan Liverpool boleh la anda rujuk gambar rajah di bawah.

Dengan persembahan dan kejayaan yang di tunjukkan oleh para pemain Liverpool musim ini harapnya akan ada lah kenaikkan gaji buat mereka dan segala kerja keras dan usaha mereka si bayar sewajarnya.

Sebagai tambahan pemain baharu yang didaftkarkan pada Januari, Takumi Minamino menerima £48,000 seminggu.

Sumber : Spotrac

Baca yang lain