Senarai Gaji Pengurus Pasukan Bola Sepak Tertinggi Di Dunia

Salah satu media dari France, L’Equipe, telah mengeluarkan senarai tahunan baru melibatkan pemain bola sepak dan pengurus pasukan yang mendapat gaji tertinggi di dunia pada masa kini.

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo berada di puncak senarai pemain, yang tidak akan menjadi kejutan besar bagi peminat bola sepak.

Walau bagaimanapun, satu hal yang mungkin mengejutkan peminat bola sepak adalah dengan melihat pendapatan Lionel Messi  yang kini dilaporkan dua kali ganda melebihi pendapatan Cristiano Ronaldo.

Legenda Barcelona, Leo Messi yang kini dilaporkan mempertimbangkan masa depannya di Now Camp selepas secara terbuka menunjukkan ketidakpuasan hati beliau dengan “Sporting Director” mereka Eric Abidal itu memperoleh pendapatan kasar berjumlah €8.3 juta sebulan.

Untuk senarai gaji pemain nampak didominasi Oleh pemain dari PSG yang mana sepuluh pemain mereka menduduki carta 10 teratas pendapatan tertinggi di Liga mereka.

Walau bagaimanapun, untuk kategori pengurus pasukan yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia masih dimiliki oleh Diego Simeone yang memperoleh pendapatan berjumlah € 3.6 juta secara Kasar sebulan.

hal yang sama seperti senarai pendapatan gaji dimiliki pemain yang melihat Messi jauh mendahului pemain lain, untuk kategori pengurus pasukan ini jurang perbezaan pendapatan mereka tidak lah begitu jauh.

Pengurus pasukan Man City, Pep Guardiola, berada di tempat kedua didalam carta sepuluh teratas dengan memperoleh € 1.94 juta secara kasar sebulan. Tidak hairanlah dia tidak berniat melangkah keluar dari Stadium Etihad.

Guardiola diikuti oleh Jose Mourinho (€ 1.46 juta secara kasar sebulan), dan pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp yang memperoleh jumlah yang sama dengan pengurus Tottenham.

Walau Klopp berjaya membawa Liverpool seberjaya kini dan menjadi seorang pengurus pasukan terbaik di dunia buat ketika ini. Beliau tidak lah mendominasi carta pendapatan tertinggi di dunia.

Walau menerima pelbagai tawaran yang tinggi Klopp jelas menunjukkan kesetiaan beliau kepada Skuad The Reds.

Pendahulu carta pengurus pasukan yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia jatuh kepada bos Atletico Madrid, Diego Simeone, yang menghasilkan pendapatan berjumlah € 3.6 juta secara kasar sebulan.

Nilai pendapatan itu adalah lebih tinggi dari pendapatan yang Neymar miliki bersama PSG.

Inilah enam pengurus pasukan yang mencatat pendapatan tertinggi di dunia.

6. Antonio Conte |  € 1.38j secara kasar sebulan
5. Zinedine Zidane |  € 1.4j secara kasar sebulan
4. Jurgen Klopp |  € 1.46j secara kasar sebulan
3. Jose Mourinho |  € 1.46j secara kasar sebulan
2. Pep Guardiola |  € 1.94j secara kasar sebulan
1. Diego Simeone |  |  € 3.6j secara kasar sebulan

Setelah menunjukkan aksi yang sungguh menakjubkan dengan membawa Liverpool menjadi pasukan terkuat di dunia Klopp sudah boleh meminta Liverpool untuk mendapatkan kenaikan gaji.

Jangan terkejut melihat senarai gaji yang berjaya di pungut oleh setiap pengurus pasukan. Tugas mereka juga tidaklah mudah.

Jika pasukan mereka kendalikan menang mereka akan dipuji jika sebaliknya berlaku mereka sudah pasti akan dicaci maki oleh peminat.

Ini adalah senarai gaji tertinggi di dunia untuk jurulatih di musim ini manakala untuk tahun hadapan akan berkemungkinan akan ada perubahan. Kita nantikan sahaja bermulanya musim baharu nanti.

Baca yang lain