Senarai Pemain Terbaik UCL Setakat Musim Ini

Liga Juara-Juara kembali lagi selepas berehat selama dua bulan. Berakhirnya peringkat kumpulan kini kita sedang menuju untuk menyaksikan perlawanan untuk 16 terbaik.

lapan pasukan bertanding pada perlawanan pertama untuk pusingan 16 Liga Juara-Juara mereka pada hari Selasa dan Rabu.

Pada hari Selasa, Atletico Madrid mengejutkan Liverpool dengan kemenangan 1-0 mereka di Stadion Wanda Metropolitano.

Sementara itu Erling Haaland menjaringkan dua gol untuk Borussia Dortmund menewaskan PSG.

Dan pada hari Rabu, Atalanta mengganas dengan membesalah Valencia 4-1. RB Leipzig pula mengalahkan Tottenham 1-0 di London.

Ketika pertandingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara berakhir.

Para peminat tertunggu-tunggu untuk menantikan aksi bersambung pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara.

Dalam tempoh penantian yang agak panjang menanti sepak mula pusingan 16 bermula, kita telah memutuskan untuk melihat statistik yang disediakan oleh WhoScored.com untuk menyenaraikan 20 pemain terbaik dalam pertandingan setakat musim ini.

20. Willian – 7.61

Willian adalah pemain terbaik dari Chelsea kerana mereka menunjukkan kemajuan dalam persembahan beliau beraksi di Kumpulan H.

19. Luis Suarez – 7.61

Suarez yang kini sedang di belenggu kecederaan telah menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan sebelum Krismas lalu.

18. Kingsley Coman – 7.64

Bayern memenangi kesemua enam perlawanan Kumpulan B mereka, dengan Coman menjaringkan dua gol serta membuat satu bantuan gol untuk pasukan Bayern.

17. Juan Cuadrado – 7.66

Cuadrado adalah pemain terbaik Juventus untuk Liga Juara-Juara musim ini dan bukanlah Cristiano Ronaldo mahupon Dybala.

16. Son Heung-min – 7.68

Son telah diturunkan lima kali untuk Spurs di peringkat kumpulan. Malangnya, dia kini dijangka tidak akan dapat meneruskan lagi aksi di Liga Juara-Juara musim ini kerana kecederaan.

15. Hwang Hee-Chan – 7.69

Hee-Chan bermain dengan begitu baik untuk Salzburg sebelum mereka disingkirkan ke Europa League.

Beliau telah mencatatkan tiga bantuan jaringan  dan tiga jaringan ketika beraksi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

14. Gabriel Jesus – 7.71

Man City adalah antara pasukan paling awal melayakkan diri ke pusingan kalah mati musim ini.

Jesus telah menjaringkan empat gol dan telah memainkan peranan penting untuk City dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

13. Karim Benzema – 7.74

Benzema terus bersinar di Sepanyol dan di Eropah.  Dia telah menjadi pemain bintang untuk Real Madrid selepas ketiadaan Ronaldo.

12. Houssem Aouar – 7.74

Aouar telah mencatatkan satu jaringan dan dua bantuan jaringan dalam empat perlawanan untuk Lyon ketika mereka bermain di peringkat Kumpulan H.

11. Hakim Ziyech – 7.74

Ajax tersingkir dari pertandingan Liga Juara-Juara pada bulan Disember lalu,tetapi itu bukan kesalahan Ziyech.

Beliau telah memimpin kesemua pemain dengan mengumpul empat assis sepanjang pertandingan peringkat kumpulan.

10. Raheem Sterling – 7.79

Sterling telah menjaringkan lima gol dan melakukan dua assist dalam hanya empat perlawanan.

Prestasi yang sangat cemerlang di tunjukkan oleh beliau di pentas Eropah berbanding di Liga Perdana musim ini.

9. Kylian Mbappe – 7.83

Lima gol dan empat assist dalam hanya empat perlawanan adalah sesuatu hal yang gila dilakukan oleh pemain muda Perancis ini.

8. Memphis Depay – 7.84

Depay telah menjaringkan lima gol dari lima perlawanan.

Namun sayangnya, beliau tidak dapat meneruskan aksi kempennya musim ini kerana mengalami kecederaan yang serius.

7. Rodrygo – 7.91

Rodrygo telah berjaya dalam kempen Liga Juara-Juara yang pertama untuk nya.

Beliau telah menjaringkan empat gol untuk Real Madrid dalam tiga perlawanan.

6. Riyad Mahrez – 7.93

Mahrez bukanlah pemain yang sering diturunkan sebagai kesebelasan utama untuk Man City.

 

Tetapi beliau telah menjadi salah satu pemain terbaik City untuk kempen Liga Juara-Juara musim ini.

5. Thiago – 7.96

Bayern sangat mengagumkan dalam peringkat kumpulan dan menjadi pasukan yang terawal mengesahkan tempat di pusingan 16 terbaik.

Thiago menunjukkan aksi yang cukup cemerlang untuk Bayern sepanjang kempen Liga Juara-Juara musim ini.

4. Harry Kane – 8.08

Kane telah menjaringkan enam gol di peringkat kumpulan tetapi kemungkinan dia tidak akan dapat bermain lagi untuk perlawanan Liga Juara-Juara musim ini kerana kecederaan.

3. Toni Kroos – 8.09

Usia Kroos akan melonjak ke 30 tahun pada
Januari lalu, tetapi beliau masih tampil di tahap yang sangat tinggi untuk Real Madrid.

2. Lionel Messi – 8.66

Messi telah melakukan kejutan cemerlang musim ini, menjadikan purata penarafan beliau 8.66 / 10. Itu tidak cukup untuk meletakkan beliau di tempat teratas, walaupun menjaringkan dua gol dan tiga assist untuk lima perlawanan dalam Liga Juara-Juara.

1. Robert Lewandowski – 9.15

Lewandowski tidak dapat dihalang lagi di Eropah musim ini. 10 jaringan pada peringkat kumpulan telah membantunya untuk penarafan purata 9.15 / 10. Ianya adalah satu kejayaan yang cukup mengagumkan.

Jadi 20 teratas dipenuhi dengan pemain Bayern, Man City dan Real Madrid, yang semuanya mempunyai tiga wakil.

Walaupun memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara musim lalu dan dominan di dalam Liga Perdana, Liverpool tidak mempunyai pemain  dalam kedudukan 20 teratas.

Haaland telah menjaringkan lapan gol dalam kejohanan peringkat kumpulan. Namun yang mengejutkan ialah Penyerang Norway itu sekadar menduduki tempat ke-32 di dalam senarai.

Dan lebih sedih lagi tiada tempat untuk Ronaldo di dalam senarai penarafan ini. Penyerang Portugis itu telah mencatatkan penarafan purata 7.32 yang hanya menjadikannya pemain ke-54 terbaik dalam pertandingan itu.

Statistik penarafan ini berdasarkan persembahan mereka sepanjang peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

Penghujung musim nanti kita akan lihat senarai untuk pemain terbaik dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Baca yang lain