Senarai Pemain Yang Diurus Mino Raiola

Adakah anda semua pernah dengar nama Mino Raiola? Satu nama yang sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan Paul Pogba.

Mengapa beliau dikaitkan dengan perpindahan pemain? siapakah beliau sebenarnya?

Mino Raiola adalah super ejen kepada beberapa pemain bola sepak terbaik di dunia termasuk Paul Pogba, Erling Haaland dan Gianluigi Donnarumma.

Raiola sering dikaitkan dengan isu perpindahan pemain tengah Manchester United Pogba dan beliau merupakan tokoh yang sangat jahat di Old Trafford.

Tetapi keupayaannya sebagai ejen bola sepak tidak boleh dipertikaikan kerana beliau sering bertanggungjawab ke atas pemainnya. Kerana itulah beliau dikenali sebagai super ejen.

Dua pemain beliau yang paling menonjol setakat ini adalah seperti Haaland dan juga pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt.

Haaland baru-baru ini melengkapkan perpindahan ke Borussia Dortmund dan telah menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan Bundesliga.

Sementara itu, de Ligt menyertai Juventus dari gergasi Belanda pada musim panas lalu dan merupakan salah satu pemain pertahanan termahal di dunia.

Berikut adalah senarai utama pemain yang diuruskan oleh super ejen Mino, menurut Transfermarkt.

Paul Pogba – Manchester United

Matthijs de Ligt – Juventus

Marco Verratti – Paris Saint-Germain

Lorenzo Insigne – Napoli

Gianluigi Donnarumma – AC Milan

Alessio Romagnoli – AC Milan

Konstantinos Manolas – Napoli

Moise Kean – Everton

Marcus Thuram – Borussia Mönchengladbach

Donyell Malen – PSV Eindhoven

Justin Kluivert – Roma

Henrikh Mkhitaryan – Roma (atas pinjaman dari Arsenal)

Calvin Stengs – AZ Alkmaar

Blaise Matuidi – Juventus

Mario Balotelli – Brescia

Zlatan Ibrahimovic – AC Milan

Alphonse Areola – Real Madrid (dipinjamkan dari Paris Saint-Germain)

Raiola telah mengkritik bos United, Ole Gunnar Solskjaer sebelum perlawanan malam kemarin ketika United turun menentang Chelsea.

Solskjaer telah memberi respons kepada laporan bahawa Pogba mungkin dalam perjalanan keluar dari Old Trafford, dengan mengatakan,

“Paul adalah pemain kami dan bukan Mino’s”.

Raiola kemudian Membuat kenyataan balas menerusi Instagramnya dengan mengkritik pengurus yang berasal dari Norway itu.

“Paul bukan milik saya dan sudah pasti bukan harta milik Solskjaer, Paul adalah Paul Pogba,”

katanya menurut BBC.

“Sebelum Solskjaer membuat komen tentang perkara yang saya katakan, dia harus memaklumkan dirinya terlebih dahulu tentang maksud apa yang telah dikatakan”.

“Sehingga kini, saya mungkin terlalu baik kepadanya. Solskjaer sepatutnya ingat apa yang dikatakannya pada musim panas lalu kepada Paul”.

“Saya fikir Solskjaer mungkin kecewa kerana sebab-sebab yang berbeza dan kini beliau mengaitkan dengan beberapa isu lain. Saya fikir Solskjaer mempunyai perkara lain yang perlu dibimbangkan.”

Berikutan kemenangan United 2-0, Solskjaer membalas semula kenyataan dari mino dengan menyatakan:

“Saya tidak perlu mengulas melalui media mengenai Mino dan apa yang dia katakan, saya mungkin boleh bercakap dengannya sendiri, jadi …”

Tetapi apabila ditanya sama ada dia akan bercakap dengan Raiola secara langsung, pengurus berusia 46 tahun itu mengakui dia mungkin tidak akan melakukannya.

Anda boleh lihat sendiri kualiti pemain yang berada dibawah naungan Mino Raiola.

Beliau bijak mengurus pemain dibawah jagaan nya dan pemain juga sangat selesa dengan beliau.

Baca yang lain