Sengaja Minta Digigit Black Widow Untuk Jadi Spiderman, 3 Beradik Masuk Hospital

Tiga orang kanak kanak yang juga adik beradik berusia 8, 10 dan 12 tahun di Bolivia dikejarkan ke hospital selepas dengan sengaja minta digigit oleh labah labah spesis black widow.

Menurut laporan, ketiga tiga kanak kanak itu merupakan peminat tegar adiwira Marvel itu.

Mereka bertiga terpengaruh dengan teori bahawa jika digigit labah labah seperti Peter Parker, mereka akan menjadi manusia yang ada super power seperti Spiderman.

Telemundo melaporkan, ketiga tiga adik beradik itu telah menangkap labah labah itu ketika menjaga kambing keluarga mereka di Chayanta.

Mereka kemudian menyepit labah labah itu dengan kayu dan membiarkan ia menggigit tangan mereka.

Ibu mereka kemudian melihat ketiga tiga mereka menangis dan wajah mereka pucat. Lalu bertanya tentang apa sebenarnya berlaku.

Adik beradik itu menceritakan tentang keadaan yang sebenar. Lalu ibu mereka menggegaskan mereka ke hospital.

Ketiga tiga mereka mengalami gejala demam, tremor (badan terketar ketar), dan juga otot mereka menjadi kejang. Kesemua mereka dimasukkan di wad hospital.

Fakta tentang black widow

Sebagai tambahan, spesis black widow merupakan antara labah labah yang paling beracun. Namun ianya spesis yang tidak menyerang manusia kecuali ketika dia merasa terancam sahaja.

Ini bukan black widow yang jenis bibir merah macam Scarjox tu ye.

Bukan I okay

Saintis menyatakan bahawa walaupun gigitan black widow amat berbahaya, terutama sekali bagi anak-anak kecil dan orang tua, namun ia jarang sekali membawa maut.

Labah-labah ini sukakan kawasan gelap dan tidak terganggu. Anda mungkin menjumpainya di timbunan kayu, di sudut garaj dan gudang, di bawah pasu bunga, di dalam sarung tangan dan kasut berkebun, dan tempat-tempat terlindung yang lain.

Labah-labah spesis ini tidak akan mengejar manusia. Tetapi jika mereka merasa terancam, mereka akan menggigit.

Gigitan dari black widow boleh menyebabkan kekejangan otot, sakit perut yang teruk, dan kelesuan.

Pusat Kawalan Racun mengatakan bahawa jika anda digigit oleh seorang janda hitam untuk mencuci kawasan itu dengan sabun dan air, jika tidak ada rasa sakit atau jika rasa sakit itu ringan, tidak perlu mendapatkan rawatan khas.

Petua pencegahan

Black widow menyukai kawasan gelap dan tidak terganggu yang bermaksud bahawa labah labah ini memang berpotensi terjumpa dengan manusia.

Oleh kerana labah-labah black widow ini pakar bersembunyi, anda mungkin tidak melihatnya walaupun mereka dekat.

Jadi sentiasa periksa kasut atau sarung tangan korang, terutama sekali untuk yang menggunakannya ke kebun.

Sentiasa pakai sarung tangan ketika memindahkan kayu, menjangkau timbunan kayu, mengangkat pasu bunga kosong, dan lain lain.

Jika anda digigit, segera ke hospital ataupun mengubungi talian kecemasan.

Kepada adik adik yang ada di rumah tu, ketahuilah bahawa filem Spiderman itu hanyalah rekaan semata mata. Jangan buat benda yang bukan bukan, semata mata nak mendapatkan super power.

Mujur adik adik yang kat Bolivia tu tak cuba menjadi Batman.

Baca yang lain