Seni Hitam Julang Greece Ke Puncak Piala Eropah 2004

Greece melakar sejarah sensasi dalam bola sepak Eropah. Pasukan ini layak buat kali ke-2 dikejohanan itu. Greece dibimbing oleh pengedali dari Jerman, Otto Rehhagel.

Apabila menyebut tentang jurulatih dari Jerman atau Itali subjek taktikal menjadi topik utama. Dua negara ini sangat dekat dengan perkara tersebut.

Rehhagel percaya dalam kejohanan besar akan ada kejutan.

“Disana (Piala Eropah) sentiasa ada kejutan. Kali ini kami melakukan kejutan.”

PIALA EROPAH

Sebelum itu Greece bukanlah pasukan yang melakar banyak kemenangan di Piala Eropah.

Dalam pertandingan itu sememangnya ada beberapa kejutan tetapi tidak sebesar yang dilakukan oleh Greece.

Peluang pasukan seperti Greece untuk menjuarai kejohanan terbesar di Eropah itu sebenarnya kecil.

Namun mereka melakukan kejutan demi kejutan dengan menewaskan tuan rumah (Portugal), juara bertahan (Perancis) dan pasukan pilihan (Sepanyol).

Pencapaian pasukan itu tidak pernah dilakarkan oleh pasukan kecil lain sebelum ini.

Ada yang mengatakan Euro 2004 merupakan edisi paling bosan kerana banyak pasukan gergasi tersingkir awal.

Sepanyol, Itali dan Jerman terkeluar seawal peringkat kumpulan. Perancis pula ditunjuk jalan keluar oleh Greece pada peringkat suku akhir.

Portugal dan Belanda berentap sesama mereka di peringkat separuh akhir dan salah satu darinya perlu kalah.

STATUS DAN TAKTIKAL GREECE SEBELUM PIALA EROPAH 2004

Greece mengamalkan corak permainan defensif dan bola sepak negatif telah memeranjatkan ramai pihak. Pemainan anti-bola sepak itu berjaya menakluk eropah.

Ia adalah sebahagian dari taktikal. Greece mengubah taktikalnya pada setiap perlawanannya dan berusaha memanfaatkan peluang yang terhad ketika melakukan serangan.

Ia merupakan kejayaan luar biasa melalui pendekatan seperti itu.

Sebelum edisi 2004, Greece telah bermain 6 perlawanan di kejohanan tertinggi. Greece layak ke Piala Dunia 1994 dan Piala Eropah 1980.

Dalam 2 kejohanan itu Greece tidak merekod sebarang kemenangan. Mereka hanya seri sekali dan tewas 5 kali.

Pada tahun 2004 Greece layak buat kali ke-2 Piala Eropah selepas menjuarai kumpulan 6 peringkat kelayakan melalui catatan 6 menang dan 2 kalah.

Dalam kumpulan tersebut mengandungi Sepanyol. Greece menjuarai peringkat kumpulan -kelayakan- dan Sepanyol perlu bermain di pusingan playoff selepas hanya menduduki tempat ke-2.

Para peminat di Greece hanya mengharapkan pasukan ini memperbaiki catatan mereka dalam kejohanan besar. Mereka tidak menyasarkan harapan tinggi apatah lagi menjuarainya.

OTTO REHHAGEL

Dibawah sentuhan Otto Rehhagel Greece berada di tahap lebih tinggi dari jangkaan ramai.

Pengalaman luas di Bundesliga terutamanya bersama Werder Bremen menjadi taruhan. Rehhagel membangunan sistem yang dipanggil controlled offense atau serangan terkawal/terhad.

Sistem ini telah dibangunkan 2 tahun sebelum 2004. Komponen sistem ini memerlukan 2 pemain yang mempunyai kekuatan tandukan di bahagian pertahanan tengah. 1 lagi pemain seperti itu diperlukan di barisan serangan.

Greece akan melakukan serangan balas pantas melalui sayap dan mencari penyerang tersebut.

Rehhagel mendokong permainan menggunakan kekuatan fizikal dan ketinggian. Dia membawa cara itu kedalam skuad Greece.

Kebetulan pada ketika itu Greece mempunyai beberapa pemain pertahanan yang kuat namun tidak mempunyai penyerang yang baik maka ia menjadi pendekatan yang sesuai.

Bermain bola sepak secara terbuka akan membunuh Greece. Mereka tidak mempunyai set pemain yang kuat untuk membina permaianan seperti itu.

Rehhagel membina shape bertahan yang rigig untuk mengekang kekuatan serangan lawan.

Shape itu semakin jelas kelihatan ketika Greece memasuki peringkat kalah mati.

Greece merupakan pasukan underdog dan Rehhagel membentuk pertahanannya bergantung kepada kekuatan serangan pihak lawan.

Salah satu darinya Rehhagel akan meletakkan lebih pemain di barisan pertahanannya supaya pemainnya sentiasa cukup untuk menjaga kesemua pemain serangan lawan.

LALUAN MENJADI JUARA

Piala Eropah bermula dan berakhir dengan pasukan yang sama. Perlawanan pembukaan dan terakhir menemukan Portugal dan Greece.

Pada perlawanan pembukaan Greece menewaskan Portugal 2-1 hasil jaringan Giorgios Karagounis dan penalti dari Angelos Basinas sebelum Portugal meraih gol saguhati melalui Cristiano Ronaldo pada masa kecederaan.

Selepas itu Greece mengikat Sepanyol 1-1. Angelos Charisteas memadam jaringan Fernando Morientes.

Secara teknikalnya Greece sudah layak ke suku akhir selepas perlawanan ke-2 peringkat kumpulan.

Potugal tidak boleh seri dengan Sepanyol disebabkan peraturan head-to-head digunakan jika pungutan mata terikat.

Portugal menang, Greece terikat mata dengan Sepanyol, head-to-head mereka seri tetapi Greece mempunyai lebih jaringan berbanding sepanyol.

KISAH DONGENG BERMULA

Kisah dongeng Greece bermula di suku akhir. Greece menewaskan juara bertahan Perancis, selepas itu menundukkan Republik Czech di separuh akhir.

Semua peminat tidak percaya Greece mampu membuat kemaraan sehingga perlawanan akhir. Sekali lagi bertemu pasukan tuan rumah Portugal.

Rehhagel beralih kepada sistem back four yang lebih tradisional untuk menghadapi Portugal yang menggunakan penyerang tunggal.

Kuartet Ronaldo, Deco, Pauleta dan Luis Figo memberi ancaman kepada Greece sepanjang permainan.

Walaupun Portugal menguasai majoriti permainan namun ia bukan tugas mudah menembusi tembok Greece selain perlu berhati-hati dengan serangan balas.

Sama seperti 2 perlawanan peringkat kalah mati, kegembiraan Greece datang dari hantaran lintang sebelah kanan.

3 kali dan 2 darinya dari sepakan sudut termasuk 1 di perlawanan akhir. Tendangan sudut dari Angelis Basinas ditanduk oleh penyerang tinggi lampainya Christeas.

Jaringan tersebut bukan berlaku secara kebetulan kerana Greece telah melakukan jaringan seperti itu dalam beberapa perlawanan lepas.

Corak jaringan Greece di suku akhir, separuh akhir dan akhir mempunyai asas pergerakan yang sama.

Tidak ada pasukan yang mempunyai rekod buruk sebelum ini berjaya memenangi Piala Eropah. Greece tidak pernah menang walau 1 perlawanan pun dalam kejohananan besar secara tiba-tiba menjadi juara.

KEJAYAAN TAKTIKAL DEKAD ITU

The Telegraph menulisnya sebagai kejayaan taktikal.

Pasukan underdog tidak akan menjuarai kejohanan, Greece ‘sepatutnya’ kalah di tangan Portugal dan memberi laluan kepada pasukan tradisi menjuarainya.

Greece membuktikan sebaliknya walaupun mereka tidak digemari oleh majoriti peminat bola sepak.

Jika permainan bertahan itu mudah untuk mana-mana pasukan menjuarai kejohanan sudah pasti ia akan menjadi ikutan.

Jadi corak itu lebih sukar dari apa yang dibayangkan.

Michael Cox dari Zonal Marking mengatakan ia adalah satu pencapaian taktikal dekad itu.

Cox juga berkata untuk mengalahkan pasukan tuan rumah, pasukan pilihan dan juara bertahan berturut-turut dengan jaringan yang sama (1-0), ia bukan berlaku dengan tidak sengaja.

Ia berlaku dengan kebijaksanaan dan penerapan taktikal yang teliti pada setiap perlawanan.

WIRA GREECE

Begitulah kisah disebalik cerita dongeng. Rehhagel, Charisteas, Karagounis, Zagorakis, Dellas dan yang lain telah meletakkan namanya di tempat tertinggi dalam sejarah bola sepak Greece.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi