Sensasi Erling Haaland, Ledak Hatrik Dalam 20 Minit Pada Debut

Erling Braut Haaland memulakan karier beliau di Borussia Dortmund dengan bang!!

Pemain remaja itu mencetak hatrik dalam aksi debut. Dan ianya dilakukan dalam jarak 20 minit.

Seluruh dunia menantikan debut pemain tersebut bersama Borussia Dortmund. Beliau menyertai Borussia Dortmund selepas gagal memeterai perpindahan ke Man United.

Haaland masuk pada separuh masa kedua dan terus mengganas dalam aksi pertama beliau berhadapan dengan Augsburg

Gol pertama beliau dilakukan dengan rembatan melencong rendah pada minit ke-59.

https://twitter.com/HDGoalsLive/status/1218562168909717504?s=20

Selepas itu Erling Braut Haaland menjaringkan gol kedua beliau.

https://twitter.com/HDGoalsLive/status/1218564712557883393?s=20

Tak cukup dengan itu beliau meledak hatrik untuk mengesahkan malam ini milik beliau pada hari debutnya pada minit ke-79.

https://twitter.com/HDGoalsLive/status/1218566776633556992?s=20

Borussia Dortmund menang 5-2 dalam aksi berhadapan Augsburg.

Ini merupakan kemenangan ke-9 Borussia Dortmund musim ini.

Erling Braut Haland sah milik Borussia Dortmund pada perpindahan Januari 2020.

Erling Braut Haland menjadi sasaran hampir kesemua pasukan di Eropah kerana kualiti beliau pada usia muda.

Erling kini antara penyerang terbaik di Eropah, berdasarkan prestasi beliau di UCL.

Haland menjadi sasaran beberapa pasukan lain termasuk Man United dan kemudiannya Juventus.

Erling Haland setuju dengan kontrak sehingga 2024. Beliau akan melakukan debut bersama Borussia Dortmund pada Januari akan datang.

2 hari lagi la tu. Namun buat masa ini tiada butiran lebih lengkap daripada perpindahan pemain ini.

Tetapi sumber di Itali sebelum ini menyatakan tanda harga pemain itu bermula sekitar £30 juta.

Fabrizio Romano sebelum ini menyatakan pemain itu mahu bermain di bawah Ole Gunnar Solskjaer yang pernah menjadi gurunya di Norway sebelum ini.

Haland pernah datang ke Manchester beberapa hari lalu. Namun beliau menafikan kerana berbincang dengan Man United.

Sebaliknya datang ke sana untuk bercuti bertemu dengan kawan-kawannya di England. Ayahnya ada rumah di England.

Namun Erling Haland memang sedang dalam proses untuk berpindah ke kelab dan liga lebih besar.

Juventus pada awalnya dilihat sudah berjaya mencantas Man United dalam perebutan Erling Haland.

Beliau meminta jaminan untuk bermain dalam kesebelasan utama jika mana-mana pasukan mahukannya.

Juventus dan Man United dikatakan sedia menawarkan beliau tetapi Borussia Dortmund dilihat akan memberikan beliau lebih banyak minit.

Oleh itu, Borussia Dortmund dilihat destinasi terbaik untuk Haland ketika ini.

Erling Haland merupakan target man yang lasak. Beliau laju dan memiliki kemampuan yang bagus dalam sistem taktikal.

Beliau memiliki rekod jaringan yang sangat baik di peringkat remaja dan juga di pentas seperti Liga Juara Juara Eropah.

Haland menjadi pemain kedua dilepaskan RB Salzburg untuk perpindahan Januari selepas Takumi Minamino sebelum ini. Minamino dijual ke Liverpool, dengan harga murah kerana klausa pelepasan pemain itu cuma £7.25 juta.

Baca yang lain