Sensor kontak pada bola adidas semalam telah menyelamatkan 3 mata Slovakia ketika aksi berdepan dengan Belgium – dalam aksi pembukaan kedua dua pasukan di Euro 2024.
Di mana peminat sendiri turut terkejut dengan adanya bar gelombang bunyi terpampang pada skrin VAR yang menunjukkan kadar kontak atau sentuhan pada bola.
Ianya sebahagian daripada teknologi baharu yang digunakan dalam Euro 2024 disebut “Connected Ball technology” di mana ada sati cip khas dipasang dalam bola rasmi kejohanan keluaran Adidas.
Teknologi ini telah membantu membatalkan gol minit akhir Romelu Lukaku dalam aksi semalam. Selepas Lukaku menjaringkan gol itu, pengadil segera melihat monitor.
Dan dia mahu melihat sama ada Openda handball atau tidak pada fasa binaan gol itu. Pengadil menggunakan data pada bar gelombang bunyi yang menunjukkan ada sentuhan yang dianggap cukup untuk membuktikan ada sentuhan dengan tangan pada bola tersebut.
Pengadil segera membatalkan gol Lukaku dan pemain itu hanya mampu menerima sahaja keputusan itu dengan hampa. Lebih mengecewakan itulah gol kedua Lukaku dibatalkan VAR. Sebelum itu dibatalkan kerana ofsaid.
Lois Openda oh my WORD pic.twitter.com/MaR14n8znZ
— Kieran (@thfckieran22) June 17, 2024
Menurut kenyataan rasmi Adidas sebelum Piala Dunia yang lalu: “Al Rihla menjadi bola rasm pertama ada inovasi ini. Memberikan data bola yang lebih tepat yang akan tersedia digunakan oleh pegawai VAR pada situasi semasa.
“Menggabungkan dengan data posisi pemain dengan AI, inovasi Connected Ball Technology ini akan membantu dalam teknologi separa ofsaid FIFA serta membantu pengadil membuat keputusan lebih pantas menerusi informasi yang dibekalkan diharap dapat membantu dalam pengadilan.”
Adidas' "connected ball" technology just led to a Belgium goal being overturned in the final minutes due to a handball.
A sensor suspended inside the ball captures touches at a rate of 500 times per second.
It sealed Slovakia's 1-0 win over Belgium—the biggest upset in Euros… pic.twitter.com/x1AN62WyAR
— Front Office Sports (@FOS) June 17, 2024
Walaupun teknologi ini sudah diumumkan pada Piala Dunia 2022, namun penggunaannya lebih kepada untuk membantu mengesan ofsaid secara semi automatik. Untuk sensor sentuhan pemain ke atas bola, ianya mulai digunakan pada Euro 2024.
Adidas bekerjasama dengan syarikat pembekal teknologi komputer, KINEXON untuk menghasilkan bola yang membantu pengadil mendapatkan data secara langsung untuk disemak. Ia juga membekalkan informasi tepat, mengesan 500 kali sentuhan per saat, ketika pemain menyentuh bola.
Sistem ini sebelum ini digunakan dalam sukan kriket dan dianggap sistem paling tepat.
Walaupun semalam pengadil menggunakan data pada bola tersebut untuk mengesan sentuhan pada bola, namun pengadil masih perlu menilai sesuatu handball itu atas budi bicara.
Ada sesetengah handball adalah tidak disengajakan sama sekali. Mungkin akan timbul kontroversi selepas ini kerana data sentuhan ini akan digunakan pundit untuk menghentam pengadil.
Ayuh saksikan ulasan video dan jangan lupa Follow TikTok Axello Tacts!.
@theaxt Ayuh kenali satu lagi teknologi FIFA dalam bola sepak. #Euro2024