Seorang Ibu Dipenjara Kerana Menggali Terowong Untuk Mengeluarkan Anaknya Dari Penjara

Kasih seorang ibu tidak dapat diukur dengan apa jua di dunia ini. Kadang kadang mereka sanggup membuat benda yang tak masuk akal demi anak mereka.

Selagi mereka mampu melakukan sesuatu demi anak mereka, sang boleh mengorbankan dirinya dan juga melakukan perkara-perkara gila.

Salah satu kisah yang mungkin menjadi contoh betapa luar biasa kasih ibu terhadap anaknya adalah kisah ibu ini dari Ukraine

Untuk membebaskan anak yang berada di penjara, seorang ibu berusia 51 tahun telah menggali terowong sedalam 10 meter.

Polis sendiri menyatakan itu adalah perkara gila dan luar biasa. Lelaki dewasa pun sukar nak buat terowong sedalam itu seorang diri.

Tetapi, apabila seorang ibu bertekad dan demi anak, mereka boleh sekuat Superman.

Anak dipenjarakan kerana membunuh

Kisahnya bermula apabila anaknya dihukum penjara kerana terlibat dalam kes pembunuhan.

Anaknya diarahkan menjalani hukuman penjara seumur hidup dan ditempatkan di sebuah penjara yang memiliki kawalan keselamatan yang ketat terletak di Zaporizhia, Ukraine.

Mengetahui bahawa dia tidak akan pernah melihat anaknya itu lagi kecuali hanya waktu lawatan, ibu ini merancang sesuatu yang gila untuk mengeluarkan anaknya dari penjara.

Rancangannya adalah dengan membuat terowong panjang. Tetapi sebelum melakukan itu, dia menyiapkan semuanya. Bermula dari rumah sewa yang berdekatan dengan penjara, sehinggalah ke peralatan sokongan yang lain.

Setelah berjaya mencari tempat tinggal sementara, ibu mula berusaha membuat terowong ini.

Diketahui bahawa dia bekerja hanya pada waktu malam, jadi tidak banyak orang tahu akan aktivitiny itu.

Dia juga menggunakan skuter elektrik untuk lebih senyap. Ketika menggali, ibu menggunakan alatan yang biasa biasa sahaja.

Dia juga menggunakan troli yang diubah suai untuk mengangkut tanah yang telah digali. Dia dilaporkan sudah menggali terowong itu selama tiga minggu sehingga menghasilkan terowong sedalam 10 meter ini.

Lubang 10 meter ini akhirnya semakin mendekati tembok penjara. Tetapi tidak sempat dia nak mengeluarkan anaknya dari penjara, si ibu telah kantoi.

Namun pihak polis terkejut kerana si ibu dikatakan tidak memiliki ciri ciri seorang yang mampu melakukan kerja sehingga menghasilkan terowong seperti itu.

Namun, polis yang menangani kes ini dikejutkan oleh ibu dan terowong sedalam itu.

Ibu tersebut ditahan oleh polis tempatan dan dia mengaku bahawa dia hanya mahu melepaskan anak itu.

Dan berdepan dengan hukuman penjara di atas kesalahannya itu.

Mengejutkan, lebih ramai yang kasihan dan kagum

Namun respon daripada masyarakat di Ukraine agak mengejutkan. Mereka malah lebih ramai yang memuji daripada mengecam.

Yang mengecam adalah kerana mereka merasakan ibu itu tak patut membela anaknya yang seorang pembunuh.

Tetapi lebih ramai yang tersentuh hati. Ibarat macam Stockholm Syndrome pula jadinya.

Mereka menyatakan kekaguman mereka kepada si ibu dan mereka mengingatkan si anak, bahawa itulah ibu, mereka akan sanggup buat apa sahaja demi anak.

Sebab tu si anak janganlah buat benda yang menyusahkan diri sendiri sehingga masuk penjara.

Ada komen yang menyatakan bahawa, walaupun anak itu pembunuh sekalipun, seorang ibu atau ayah tak akan sesekali pernah memutuskan kasih sayang mereka kepada anak mereka.

Seorang penduduk di tempat tersebut melihat terowong itu dan menyatakan, ianya memerlukan kepakaran seorang penggali yang mahir untuk melakukannya dengan peralatan yang terbaik.

Tetapi ibu itu memakai peralatan yang biasa.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan