Pertahanan sisi Manchester City, Benjamin Mendy sudah lama tidak beraksi di atas padang. Kerana berdepan pelbagai pertuduhan pemerkosaan.
Terbaru, satu lagi kes yang sama didakwa ke atasnya. Menjadikan keseluruhan pertuduhan r0gol setakat ini ada 9 kes.
Pemain berusia 27 tahun itu sebelum ini berdepan 8 pertuduhan yang dianggap serius termasuk keganasan s*ksual ke atas wanita.
Dan seorang lagi mangsa tampil mendakwa dia juga mangsa.
Mendy sudah menyatakan bahawa dia mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan terbaru itu. Oleh kerana itu kes ini akan dibawa ke muka pengadilan.
Kes tersebut kini dikendalikan di Chester Crown Court.
Kesalahan didakwa dilakukan sekitar Oktober 2018 dan Ogos 2021 melibatkan 7 mangsa – kesemuanya wanita muda. 1 kes diklasifikasikan sebagai keganasan s*ksual dan 1 lagi kes diklasifikan sebagai cubaan memperkosa.
Mendy akan menghadiri perbicaraan pada 25 Julai akan datang bersama dengan seorang lagi tertuduh bersama iaitu Louis Saha Matturie, 40 – yang turut mengaku tidak bersalah.
Saha menafikan 8 pertuduhan pemerkosaan dan 4 keganasan s*ksual ke atasnya melibatkan 8 mangsa, semuanya wanita, di antara Julai 2012 sehingga Ogos 2021.
Kedua dua mereka kini berada dalam tempoh ikat jamin. Sebelum ini, Mendy juga pernah dimasukkan ke penjara.
Mendy yang bermain sebanyak 50 aksi Liga Perdana Inggeris bersama Man City sejak menyertai mereka pada 2017, juga mempunyai 10 kaps antarabangsa.
Dia digantung oleh kelab dan juga pasukan kebangsaannya selama tempoh dia dibicarakan. Dan dilihat sudah tidak ada harapan untuk kembali semula ke pasukan tersebut.