“Seorang Lagi Pemain Muslim? Saya Tak Mahu Dia”

Jean Clair Todibo akhirnya bersuara tentang apa yang berlaku antara dia dan Christophe Galtier beberapa musim lalu.

Galtier telah menimbulkan kontroversi ketika dia berada di Nice sebelum menyertai PSG. Ianya gara gara dia melarang pemain beragama Islam untuk berpuasa kerana tidak mahu mereka beraksi dalam keadaan longlai.

Ramai pemain muslim membantah larangan tersebut yang dianggap tidak sepatutnya. Ini kerana banyak kelab di Eropah lain malah membantu pemain pemain beragama Islam dalam isu diet khas jika mereka berpuasa.

Pemain pemain muslim ini dikatakan sedia untuk tidak berpuasa untuk perlawanan yang dianggap boleh memudaratkan kesihatan mereka. Misalnya aksi yang terlalu banyak.

Namun Galtier telah mewajibkan pemain pemain itu tidak berpuasa sepanjang ramadan. Walaupun pada masa hari rehat mereka di rumah. Pemain pemain dipantau ketat. Dan akan dikenakan tindakan jika mereka didapati berpuasa.

Hassane Kamara menyatakan pada era Galtier di Nice dia benar benar tertekan bermain di bawah pengurus yang rasis itu.

Pada tahun lalu, Galtier telah ditahan polis untuk siasatan ke atas tuduhan diskriminasi agama melibatkan pemain Nice. Tuduhan itu dibangkitkan oleh bekas Pengarah Sukan Nice, Julien Fournier.

Fournier turut memetik nama anak angkatnya, John Valovic Galtier sebagai rakan subahat Galtier, kerana anaknya itu adalah penasihat kepada ayahnya. Mereka ditahan selama 24 jam untuk siasatan. Selepas itu dibebaskan.

Satu dokumen email daripada Galtier telah bocor. Di mana dia memberitahu Pengarah Sukan kelab itu agar tidak mendapatkan terlalu ramai pemain muslim dan menyarankan kelab mengurangkan jumlah yang ada.

Kerana menurutnya pemain pemain muslim ini menyusahkannya. Dia bengang dengan tindakan kelab ketika membeli Billal Brahimi: “Seorang lagi pemain muslim? Saya tak mahukan dia, kita dah cukup ramai pemain muslim.”

Ada pemain yang ingkar arahan Galtier iaitu Jean Claude Todibo.

Galtier menyatakan dia menerima ugutan dan penghinaan daripada Galtier.

Bercakap kepada RMC baru baru ini pemain itu menegaskan: “Saya membuat laporan polis kerana Galtier memaksa saya agar tidak berpuasa sepanjang ramadan atau saya tidak diturunkan langsung dalam mana mana perlawanan.”

“Dia turut menyindir saya sebagai seorang ekstremis kerana mempertahankan ajaran agama saya.”

Selain daripada Todibo seorang lagi pemain Nice yang pada masa itu tidak setuju dengan larangan Galtier itu ialah Hicham Boudaoui.

Layanan Galtier kepada pemain pemain muslim ini membuatkan ramai pemain lain yang tidak selesa dengan cara beliau.

Hicham juga mendedahkan Galtier sengaja memberikan rutin latihan yang berat dan intensif lebih daripada sebelum ini.

Nice kemudian lega kerana pengurus itu menyertai PSG. Kerana keadaan di kelab ketika itu semakin tak terkawal.

Ketika di PSG dia berdepan dengan penentangan daripada beberapa pemain terutama sekali Kylian Mbappe yang tidak gembira dengan corak pengurusan dan taktikalnya.

Beberapa pemain juga mengancam mahu meninggalkan PSG jika Galtier terus kekal, dan akhirnya dia dipecat dan digantikan dengan Luis Enrique.

Agak ironi, kebenciannya kepada pemain muslim  ini tidak menghalangnya untuk menerima tawaran dari Al Duhail, sebuah kelab di negara Islam, Qatar. Yang pastinya pemain pemain mereka akan berpuasa pada bulan puasa. Hanya beberapa pemain asing sahaja yang tidak berpuasa. Adakah Galtier masih percaya berpuasa itu akan menyusahkan pasukan?

Atau dia akan mencari cara membantu pemain pemain ini? Di mana  prinsip dia sebelum ini? Adakah ianya kerana wang?