Seorang Lagi Pemain PSG Jadi Mangsa Rompakan Di Rumah

Alexandre Letellier menjadi pemain PSG terbaru menjadi mangsa rompakan di Paris. Sebelum ini beberapa pemain termasuk Angel Di Maria, Kimpembe, Choupo Moting, Sergio Rico, Marquinhos Donnnarumma, Mauro Icardi, Dani Alves dan Thiago Silva, semuanya pernah mengalami pengalaman ngeri itu.

Paling diingati adalah detik ketika Angel Di Maria terpaksa meninggalkan perlawanan menentang Nantes lebih awal pada masa itu selepas dimaklumkan bahawa keluarganya dirompak di rumah mereka.

Dan kini seorang lagi bintang PSG menjadi mangsa jenayah tersebut iaitu Letellier. Menurut laporan oleh Sport Zone, keluarga Letellier dirompak ketika pemain itu sedang berada di rumah bersama sama dengan keluarganya.

Ahli keluarganya diculik, dan isterinya telah dibelasah oleh perompak dengan sadis sekali. Perompak dikatakan bersenjatakan pisau mengancam untuk mencederakan mereka.

Namun begitu, polis sudah menangkap kesemua 4 penjenayah tersebut. Dua daripada penjenayah itu adalah di bawah umur.

Peminat PSG sendiri kehairanan kenapa pemain pemain PSG sentiasa terdedah kepada ancaman keselamatan? Sedangkan rumah mereka biasanya dilengkapi dengan kawalan keselamatan.

PSG sudah mengeluarkan kenyataan bahawa kelab akan melakukan yang mereka mampu untuk menyokong Letellier dan keluarganya.

Pada Julai lalu, Donnarumma dan teman wanitanya disamun di rumah mereka dengan kedua duanya diikat oleh perompak.