Bercerai memang sesuatu yang pedih dan pastinya rumit. Ada banyak benda nak diselesaikan. Selain daripada banyak yang berbalah kerananya.
Di Iowa, seorang lelaki bernama David Ostrom, 40 tahun, bengang dengan bekas isterinya, Bridgette Ostrom, kerana tuntutan penceraian.
David telah meminta hakim untuk memberikan kebenaran khas untuk mereka menyelesaikan penceraian dengan berlawanan pedang di antara dia dan isterinya.
David menegaskan beliau sangat perlu untuk menyelesaikan perbalahannya dengan isterinya itu di lapangan pertarungan.
David meminta tempoh 3 bulan untuk dia mempersiapkan diri untuk menempa pedang katana dan wakizashi.
Hakim, Craig Dreismeier menegaskan: “Sehingga ke hari ini, penjurian melibatkan combat tidak pernah dibenarka di Amerika Syarikat.”
Namun David membantah dengan menyatakan bahawa, berlawan pedang pernah dibenarkan oleh Mahkamah British pada 1818.
Paling kelakar, David membenarkan isterinya diwakili oleh pegumannya, Matthew Hudson dalam pertarungan itu nanti.
David berkata: “Jika Encik Hudson sanggup melakukannya, saya akan bertemu dengan beliau di medan pertarungan. Namun saya tak rasa dia ada telur nak melakukannya.”
Arya kidding? Kansas Man asks judge for permission to battle his ex-wife and her lawyer in a trial by combat. He also asked for 12 weeks to procure samurai swords. https://t.co/CTpVca1wpq #odd
— AP Oddities (@AP_Oddities) January 14, 2020
Hudson membantah permintaan tersebut. Kerana menurut Hudson penghakiman dengan combat itu boleh menyebabkan kecederaan serius.
Lagipun kes tersebut hanyalah berkaitan dengan tuntutan pembahagian harta, isu cukai dan hak penjagaan anak. Tak pasal-pasal ada pula yang meninggal, tegas Hudson.