Kehilangan kereta antara benda yang paling memeningkan kepala. Harga kereta bukannya murah. Menjumpai kereta yang hilang adalah perkara dianggap rare dan nasib baik kata orang.
Di India, seorang lelaki bernama Omendra Soni dimaklumkan bahawa kereta yang dilaporkannya hilang dua tahu lalu telah ditemui.
Namun lelaki tersebut terkejut beruk apabila mendapati kereta curi itu telah digunakan oleh pegawai polis dan tidak dikembalikan terus kepadanya.
Lelaki itu mendapat satu email yang meminta dia memberikan maklum balas yang masih dia tak jawab lagi berkenaan dengan kondisi keretanya selepas diservis. Itu merupakan salah satu prosedur biasa syarikat tersebut selepas jualan.
Kerana keretanya masih dalam tempoh warranty maka, dia berhak mendapatkan servis kereta percuma.
Dia pelik dan membalas email tersebut dengan menyatakan bukankah keretanya sudah hilang dua tahun lalu?
Akhirnya dia dimaklumkan bahawa keretanya yang hilang sudah dikembalikan kepadanya dan dia diminta menuntut kereta itu di balai polis Bithoor pada 22 Disember 2020.
Omendra Soni memberitahu Hindustan Times bahawa keretanya dicuri di pusat mencuci kereta pada 2 Disember 2018.
Soni terus membuat laporan polis. Namun selama dua tahun beliau tidak dimaklumkan tentang keretanya sudah ditemui semula. Lalu Soni menganggap keretanya itu sudah hilang.
“Saya terkejut dengan satu email query, menyatakan tentang butiran servis kereta Wagon R saya baru baru ini. Dan mereka meminta saya memberikan maklumbalas tentang perkhidmatan mereka.”
Soni datang ke balai polis dan mendapati keretanya telah digunakan oleh pegawai polis bernama Kaushlendra Pratap Singh. Itu selepas Pratap Singh memutuskan untuk menghantar kereta itu ke pusat servis.
#National: The call from the service centre told that the vehicle was returned to Kaushlendra Pratap Singh- station officer, Bithoor police station#StolenCar #SeizedCar #servicingcentre https://t.co/2Uj5y5vNzN
— EastMojo (@EastMojo) January 2, 2021
Sebaik sahaja kereta itu sudah diselenggara, syarikat tersebut meminta pandangan dan maklumbalas daripada Soni.
Soni kecewa kerana beliau tidak dimaklumkan tentang perkara itu oleh pihak polis. Namun Pratap Singh mempertahankan tindakannya dengan menyatakan bahawa beliau menggunakan kereta yang ditinggalkan di balai polis dan tidak dituntut.
Kenyataan Singh itu terlalu lemah untuk menyokong hujahnya. Singh tidak mahu mendedahkan bila kereta itu ditemui dan kenapa dia menggunakannya. Yang pasti Pratap Singh tidak menyatakan dia menggunakan kereta itu untuk urusan kerja.
Jadi, dia menggunakannya untuk tujuan peribadi. Tindakan pegawai polis itu telah mencalarkan imej polis di daerah Kanpur. Netizen di India mengecam tindakan Pratap Singh yang dianggap tidak amanah.