Seorang Lelaki Memakan Pisang Dilekat Pada Dinding Galeri Seni Yang Bernilai RM0.5 Juta

Pada Sabtu lalu, dalam satu pameran seni Art Basel di Miami, satu pameran pisang dilekat dekat dinding dengan pita pelekat.

Dan ianya telah dijual dengan harga $120,000 ataupun sekitar RM500,000

Gambar pemilik galeri dengan seni pisang

Seorang lagi artis iaitu David Datuna telah memutuskan untuk memakan pisang itu di hadapan semua pencinta seni di ruang kovensyen.

Ini bermakna Datuna secara tak langsung bukan sahaja memakan pisang, tetapi telah memakan pencuci mulut yang sangat mahal bernilai RM500,000

Pisang tersebut merupakan pisang yang dilekat pada dinding dan dilaporkan sudah dijual sebanyak 2 unit kepada kolektor barangan seni.

Pisang yang dilekat pada dinding itu adalah cetusan idea artis Itali, Maurizio Cattelan diberi judul Comedian.

Cattelan akan melekatkan pisang di dindingnya untuk mencari ilham. Termasuk di hotel beliau meginap. Perkara itu yang dijulang menjadi seni mahal.

peminat seni yang datang menyaksikan pameran

Pisang itu ada sijil pengesahan bahawa ia adalah seni asli dariapada Cattelan. Dan pemilik baharu pisang tersebut / pembeli sahaja dibenarkan untuk menggantikan pisang itu jika sudah rosak.

Namun begitu, keadaan menjadi kecoh apabila David Datuna, seorang seniman persembahan dari New York telah memakan pisang itu di hadapan semua orang.

Datuna menyindir dengan menyatakan seninya itu berjudul: Seniman yang lapar.

Lalu beliau memakan pisang itu.

Namun begitu, seorang jurucakap muzium iaitu Lucien Terras, masih berpegang kepada prinsip, bahawa Datuna tidak merosakkan karya seni itu. Kerana idea seni itu memang pisang.

Confuse? Sama la.

Terras berkata: “Pisang ini memang bukan benda yang akan segar selamanya. Ini telah membuatkan ramai marah apabila beliau memakannya.”

“Namun respon daripada apa yang beliau lakukan sangat bagus. Ia telah memberikan senyuman pada ramai orang.”

Ketika Datuna memakan pisang itu, ada juga yang bersedih kerana mereka fikir Datuna merupakan tuan kepada seni pisang diletak dekat dinding itu.

Pemilik galeri, Emmanuel Perrotin ketika itu sedang berada di lapangan terbang. Beliau sangat kecewa mendengar panggilan daripada pegawainya yang menceritakan bahawa ketika itu, pisang bernilai RM500 ribu itu dalam proses untuk dimakan.

Walaupun ramai peminat seni kecewa dengan tindakan Datuna, namun di media sosial ramai yang menjulangnya sebagai hero. Haha.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di